View: 463|Reply: 20
|
[Jenayah]
Membahayakan Budak Kecil, Pin Bendera Malaysia Tercucuk Dekat Tapak Kaki!
[Copy link]
|
|
Arahan pemakaian pin bendera Malaysia, atau lencana Jalur Gemilang, baru-baru ini dilaksanakan untuk murid-murid di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.
Walaupun mempunyai nilai baik yang mahu diterapkan, orang ramai meluahkan kerisauan kerana penggunaan pin yang tajam berpotensi membahayakan murid kecil.
Kes pertama yang direkodkan
Ini apa yang terjadi kepada seorang murid sekolah rendah yang mungkin menjadi mangsa pertama apabila pin bendera Malaysia telah tercucuk pada kakinya.
Difahamkan insiden ini berlaku secara tidak sengaja di mana pin pada baju abangnya telah terjatuh di kerusi kereta dan kanak-kanak kecil perempuan itu langsung terpijak barangkali.
Dari gambar kelihatan agak serius kerana melekat pada bahagian tapak kaki kanannya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Susulan berita kejadian itu tular, netizen mula mempersoalkan sama ada penggunaan pin bendera Malaysia berasaskan jarum ini adakah wajar untuk murid sekolah.
Ramai mencadangkan agar pihak kementerian memberi pilihan lain seperti pelekat yang boleh ditanggalkan atau pun jenis berjahit yang jauh lebih pratikal dan paling utama selamat digunakan untuk pelbagai lapisan umur.
Memetik Oriental Daily, ada ibu bapa yang mendedahkan anak mereka sering meletakkan di dalam poket sahaja memandangkan ia mudah tertanggal tetapi mengundang kepada bahaya tercucuk pula pada badan apatah lagi kalau sudah berkarat kelak.
Oleh itu, netizen meminta pihak kementerian untuk meneliti lebih mendalam akan penggunaan pin bendera Malaysia berasakan jarum ini yang sememangnya berpotensi membahayakan murid sekolah dan ramai juga risau ia akan berlaku lagi pada masa kelak. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku tak paham la. in the first place.. kenapa bekalkan pin bendera ni? takde buat kajian dulu ke risiko apa smua.. takde option lain ke?
sekarang aku beli kat shopee aje jenis iron on sticker.. murah.. senang.. selamat.. dah kenapa kementerian tu tak provide sticker je? Gigih nak berpin2.. sedangkan selama ni pon semua lencana n tanda nama sekolah bukan jenis pin dah.
pakai sticker lagi jimat.. katanya untuk tahun2 akan datang.. baju2 sekolah akan ada print terus gambar bendera.. okla.. tapi untuk tahun ni.. bagi sticker ajela oi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by azimodin at 8-5-2025 09:13 AM
Ramai orang komen cakap mak bapak tak ajar anak cermat & tertib. Woi, kita bercakap pasal budak2 la. Budak2 ni pergi sekolah main badminton, softball, bola jaring sambil pakai pin bendera ni. Budak2 yang sama jugak berhimpit macam sardin dalam van sekolah. Ingat senang ke nak bergerak sopan santun lemah gemalai.
Pin yg dibekalkan qualiti hauk.. xde safety lock. (Macam dalam gambar ni).Zaman aku sekolah dulu nametag ada safet lock kat hujung, susah nak tanggal. Kenapa x boleh pakai yang jenis iron on? Sebab nanti bendera bercampur dengan baju kotor ke? Tak logik pulak sebab jenis pin ni pon boleh bercampur juga kalau terlupa cabut. PIBG sekolah anak aku tengah nego dengan pihak sekolah untuk pakai jenis iron on tapi GB kata setakat ni x dibenarkan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hmm ingatkan kementerian pendidikan pandai la fikirkan risiko semua ni, ada kena mengena dgn projek sapa2 ke dpt durian runtuh? Tetiba semua sekolah dapat free yng berpin pula ???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
Ala siannya kaki bambam comey terkena cucuk pin... Sedihnya tengok
Kementerian ni pun patutnya tgk le bg pin pada yg dkt sekolah menengah ke atas ok la... ni dkt budak2 kecik apa le tahunya selain nak membuas.. mana le diarg nak tahu jaga benda bahaya gitu. Utk yg comel2 gini sampai darjah 6 bg jenis sticker sesuai la |
|
|
|
|
|
|
|
Padlina ni kepala lutut berjalan dulu sebelum kepala otak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la tu kroni yang cari idea nak korek duit kerajaan..bagi je la yang jenis iron siap kat baju. Saja.. |
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 8-5-2025 11:42 AM
Ada la tu kroni yang cari idea nak korek duit kerajaan..bagi je la yang jenis iron siap kat baju. Sa ...
taun 80an dulu pokcik sekolah rendah memang pakai cam yg acik ckp ni la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu anak meols pun suruh beli yg jenis pelekat tu, sbb dia tau takut anak meols pakai yg pin karang digodek bukak nya pin tu masuk dalam mulut. Bahaya katanya. Tapi tu la, tak sesuai la yg jenis pin ni kalau utk brbudak sekolah rendah..tambah2 untuk bebudak ppki mcm anak meols ni. Meols dlu pakai lencana nama dgn lencana sekolah yg pin tu pun masa sekolah menengah dah. Masa sekolah rendah guna yg pelekat tu, tp arwah mak meols jahitkan je senang. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh claim insurance sekolah tak.. ada ke eh insurance sekolah.. dulu² kan kena bayar insurance sekolah.. sekarang cam tarak |
|
|
|
|
|
|
|
aciksenah replied at 8-5-2025 11:42 AM
Ada la tu kroni yang cari idea nak korek duit kerajaan..bagi je la yang jenis iron siap kat baju. Sa ...
Takkan la team baik sakau |
|
|
|
|
|
|
|
Weiii sumpah aku xpaham kenapa skg budak sekolah kne pakai bendera ni ha? Wajib ke? Sekolah rendah menengah semua kena pakai ke? |
|
|
|
|
|
|
|
fattymah replied at 8-5-2025 07:00 PM
Boleh claim insurance sekolah tak.. ada ke eh insurance sekolah.. dulu² kan kena bayar insurance se ...
Skg ni masih ada yg berbayar setiap tahun tu. Tak ingat lah berapa puluh entah, AIA. Yg tu ikut suka nak beli ke x. |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 8-5-2025 09:02 AM
aku tak paham la. in the first place.. kenapa bekalkan pin bendera ni? takde buat kajian dulu ke ris ...
Aku tak paham jugak & hairan pun ada, sebelum gov decided nak implement natang ni xde ke mesyuarat n list kan pro n con pakai pin. Menyusahkan pun ada jugak selain faktor xsesuai utk kanak2 tu. Kalai terlupa pakai, xmemasal kena patah balik rumah pagi2. Nak pkai yg stiker ni guru besar pulak xbagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|