CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24782|Reply: 573

Pengalaman Terburuk 'Dealing' Dengan Fazura - Pemilik Kilang Tudung

[Copy link]
Post time 5-5-2025 08:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 7-5-2025 11:22 PM


Kuala Lumpur: "Saya sangat kecewa dengan apa yang sudah dia (Nur Fazura) lakukan. Ini pengalaman terburuk dan paling serius pernah saya lalui."


Ini kata pengasas merangkap Pengarah Urusan Obor Holding Sdn Bhd, Lim Boon Hai, 42, mengenai kegagalan syarikat milik pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura Sharifuddin membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada pihaknya.

Lim atau dikenali sebagai Sam berkata, syarikatnya nekad memfailkan tuntutan di mahkamah selepas syarikat didakwa milik Fazura iaitu Pink Fate Sdn Bhd gagal membuat bayaran seperti dipersetujui.

"Kes ini sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan lalu (April). Notis juga sudah dihantar kepada syarikat milik selebriti berkenaan tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Saya tidak sangka akan dilayan seburuk ini. Sejak hujung 2023, memang sukar untuk mendapatkan bayaran hutang daripada pihak mereka.

"Kami sudah mencuba pelbagai cara untuk berhubung dengan pihak sana (Fazura) tetapi tidak mendapat kerjasama baik sedangkan tujuan utama kami hanyalah mendapatkan baki bayaran yang tertunggak.

"Akibat daripada kes hutang ini, kewangan syarikat (Obor dan Feline) terjejas teruk," katanya.

Menurut Sam, lebih mengecewakan cek berjumlah RM1 juta yang ditandatangani bersama Fazura bertarikh 3 September 2024 adalah cek tendang.

"Betul. Pihak saya menerima cek tendang berjumlah RM1 juta daripada pihak sana. Memang tak sangka benda ini berlaku,

"Kami ada maklumkan perkara ini supaya menggunakan alternatif lain untuk membuat pembayaran segera kerana ia adalah cek tendang tapi tidak dilayan," katanya.

Sam berkata, semua transaksi itu berlaku ketika Fazura masih menjadi pengarah sebelum beliau meletakkan jawatan di Pink Fate pada Januari lalu.

Bagaimanapun, abangnya Ahmad Faiz Sharifuddin masih kekal sebagai pengarah.

Terdahulu sebuah portal media melaporkan Obor Holding Sdn Bhd, pemilik Feline Malaysia, mendakwa Pink Fate Sdn Bhd yang diketahui umum diasaskan bersama oleh Fazura dibekalkan dengan tudung bernilai RM7,330,197.04 sejak Jun 2022.

Namun, Pink Fate hanya membuat bayaran sebanyak RM2,680,167.90, menyebabkan baki tertunggak berjumlah RM4.65 juta yang masih belum dijelaskan kepada Feline.

Obor Holding turut mendakwa mereka menghadapi kesukaran untuk mengutip bayaran tersebut sejak Disember 2023.

Selain Pink Fate sebagai defendan pertama, dokumen saman itu turut menamakan Fazfit Sdn Bhd sebagai defendan kedua, abang Fazura iaitu Ahmad Faiz Sharifuddin sebagai defendan ketiga, dan Fazura sendiri sebagai defendan keempat.

Melalui penyataan tuntutan yang diperoleh, hutang RM4.65 juta itu termasuk lima pesanan tambahan yang dibuat pada Jun dan September 2024 berjumlah RM3.6 juta, meskipun hutang terdahulu masih belum dilunaskan pada ketika itu.

Selain itu, dokumen itu menyatakan Faiz memberi jaminan kepada Feline bahawa pesanan tambahan itu dibuat untuk Kementerian Pendidikan menerusi inisiatif Merdeka Collection.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Fazura bagi mendapatkan penjelasannya tidak berjaya. - Harian Metro





























Multiple Polls: ( Max 4 choices ), Total 151 Users voted

Count down: 29492 Days57 min.

Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2025 10:04 AM | Show all posts
Edited by JoyahMengayah at 7-5-2025 11:23 PM

Kronologi..

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Berurusan dgn org x sekolah tinggi mcm.ni lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes shuib pun sama..jenis x sekolah tinggi, staff jd mangsa...

Hadap sgt dgn artis ...rakyat marhain yg educated x nk pulak ko try ...yela x terkenal kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bg iols..ber sekolah tinggi mcm tin itik pun sama..so x bersekolah tinggi dgn sekolah tinggi xde beza..jujur amanah itu kunci . hutang tetap hutang..wajib kena bayar
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Old money jadian setakat pat, lima juta tu celah gigi jerr.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayoyo kadawale..habeslah bakalan dilenyeks oleh keledeks2 nanti..hmmm hidup nampak luxurious cuti oversea sana sini..sekali berhutang keliling tudung bawals..ahgituessss..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-5-2025 09:17 PM
Kes shuib pun sama..jenis x sekolah tinggi, staff jd mangsa...

Hadap sgt dgn artis ...rakyat marhai ...

Abang dia yg manage.
Mulut cam pondanz.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 5-5-2025 09:20 PM
bg iols..ber sekolah tinggi mcm tin itik pun sama..so x bersekolah tinggi dgn sekolah tinggi xde bez ...

Setuju jugak bab ni...kejujuran yg penting
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-5-2025 09:21 PM
Abang dia yg manage.
Mulut cam pondanz.

Oh..abg yg teruk, nama adik yg buruk....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cek tendang 3 sep 2024. Masa tu road to cerai.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa still jadi supplier ehk? Selalunya on hold sampai clear payment yg overdue.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dah byk tertunggak masih percaya terima tempahan baru
kalau iols even ckp colab dgn kementerian sekalipun koser nak bg...byr hutang dulu laaaa.

giler byk stok sampai berjuta hrga tempahan walhal kos brp hengget je tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tuntasha replied at 5-5-2025 09:24 PM
kenapa still jadi supplier ehk? Selalunya on hold sampai clear payment yg overdue.

Supplier x bijak...patut hold lah supply bila ada tunggakan payment
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu kisahnya...macam mana Fazura boleh sign cek tendang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam berat gak ni. Ingatkan syarikat jer kena saman, rupanya Fazura pun kena jugak sebagai defendan ke4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pulak suka tudung sebab design...lembik ke keras ke kalau design tu lawa dimata aku tetap aku beli sb design yg buat muka kita jd lawa..kihkih..x kisahla harga RM5....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Piramida at 5-5-2025 09:47 PM

"Selain itu, dokumen itu menyatakan Faiz memberi jaminan kepada Feline bahawa pesanan tambahan itu dibuat untuk Kementerian Pendidikan menerusi inisiatif Merdeka Collection"

Order dari kpm? Byk ke ordernya tu? Apa maksud inisiatif tu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai ada beli tdg fazura.terbeli sebenarnya.masa pilih2 tudung tu x perasan.kain cantik.corak cantik.brkualiti la utk tdg harga rm25-rm30 mcmtu
Sygnya kenapa smpai xboleh byr hutang ek.bukan ke selalu sold out?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
artis2 ni semua camsiyel belagak diva bukan main, jinjit handbag berpuluh2 ribu, rupanya hutang berjuta2 lemon.

dulu singkap laki tak de duit sekarang orang pulak selungkit kau berhutang menindas orang juta2.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-5-2025 09:23 PM
Oh..abg yg teruk, nama adik yg buruk....

Tapi sheols dah tentu ada jawatan dan pengaruh.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.066465 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list