CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 458|Reply: 9

Bergadai nyawa potong tiub 'fallopio', Achey hargai pengorbanan isteri walau belum dikurniakan zuriat

[Copy link]
Post time 8-5-2025 04:58 PM | Show all posts |Read mode


DALAM kehidupan berumah tangga, pengorbanan seorang isteri menjadi tiang utama yang menyokong keharmonian mahligai dibina.


Biarpun pengorbanan insan hebat itu tidak dipaparkan secara terbuka, namun ia tetap menjadi nadi yang memastikan kesejahteraan keluarga sentiasa terpelihara.


Terkenal dengan sifat penyayang, pelakon dan pelawak popular Achey, 38, atau nama lengkapnya Mohd Nasir Hamzah baru-baru ini berkongsi kisah suka duka bersama isterinya sepanjang bergelar anak seni.


Jelas bekas juara program realiti Maharaja Lawak Mega 2017 itu, pengorbanan isterinya,


Nor Hasanah Yahaya sama sekali tidak ternilai untuk dibandingkan dengan wang ringgit dan harta.


  


Detik paling sukar dihadapi adalah apabila isterinya menjalani pembedahan tiub fallopian yang terpaksa dibuang atas faktor komplikasi pada organ dalaman.


Menyedari akan risiko dan kesan selepas kehilangan organ tersebut, Achey redha akan ketentuan ilahi selain amat mengagumi semangat juang dimiliki isterinya.


Isteri saya terpaksa jalani pembedahan potong tiub fallopian, bukan satu tapi kedua-duanya sebab satu dah tersumbat dan satu lagi bengkak, kalau tak buat segera boleh bahayakan nyawa dia.


"Saya pun dah redha, isteri saya pun minta maaf banyak kali sebab dia rasa tak dapat nak bagi zuriat tapi saya kata kita boleh cuba cara lain ada kaedah lain yang bagus.


"Lepas selesai pembedahan dia minta maaf lagi sebab pembedahan itu selama-lamanya tak akan boleh bersalin secara normal dah, cuma ada satu cara yang doktor boleh ambil telur tu untuk dibuat rawatan IVF itu sahaja," katanya menerusi satu siaran podcast.


  


Biarpun diuji dengan pelbagai rintangan dan dugaan rumah tangga, Achey tidak henti-henti menzahirkan penghargaan buat isteri tercintanya.


Mengimbau kembali kerelaan hati isterinya yang sanggup menggadai cincin perkahwinan satu ketik dahulu, kini pelantun suara Yang Terindah itu mahu menyediakan yang terbaik demi keselesaan isterinya.


"Kalau orang tanya kenapa saya manjakan isteri, sebab dia dah lalui macam-macam, yang tahu hanya kami berdua.


"Dia pernah gadai cincin kahwin, pernah jadi pencuci, semata-mata nak saya teruskan perjuangan dalam industri.


"Jadi, bila orang persoalkan kenapa isteri saya pakai barang kemas, itu adalah ganjaran atas semua jerih perih dilalui, dia percaya dengan suaminya, walau masa depan masa tu kabur," katanya.


  


Biarpun belum dianugerahkan cahaya mata, bahtera perkahwinan pasangan sejoli itu bertambah ceria selepas mengambil anak angkat pada 2018.


Berusia tujuh tahun, Tiara Zinnirah merupakan amanah ALLAH buat Achey dan isterinya dalam melayari bahtera perkahwinan yang lebih indah. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 07:27 AM | Show all posts
Ada nmpk interview achey ni. Wpun aku annoyed kt suara dia tp aku faham knpa dia manjakan wife dia. After potong tiub tu rasanya wife dia ada try ivf tp x menjadi. X pe la... Ada tiara tu ok la tu. Penyeri hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiara tu comel and kelakor sgt keletah dia. Moga mereka satu family bahagia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
smoga yg baik2 je utk fam ni. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun annoying tapi bab anak moga ada rezeki utk diorg..sama jugak utk yg ttc semoga diberi rezeki menimang cahaya mata
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ada rezeki ya achey. Iouls pon terpaksa buang tiub. Nak try ivf tapi xde kekuatan & tak ada support system yg kuat. Iouls respect suami, keluarga + bosses yang betul2 komited bagi sokongan kepada pasangan yang ttc. Perjalanan yg sukar & panjang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2025 03:07 AM | Show all posts
"Lepas selesai pembedahan dia minta maaf lagi sebab pembedahan itu selama-lamanya tak akan boleh bersalin secara normal dah, cuma ada satu cara yang doktor boleh ambil telur tu untuk dibuat rawatan IVF itu sahaja," katanya menerusi satu siaran podcast.


Jap jap jap .. tak boleh bersalin cara normal? apa kena mengena buang tiub dgn cara bersalin? lepas IVF telur dimasukkan ke uterus bukan dlm tiub so kenapa tak boleh bersalin cara normal?

pencerahan pls.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 10-5-2025 03:07 AM
Jap jap jap .. tak boleh bersalin cara normal? apa kena mengena buang tiub dgn cara bersalin? lepa ...

Ayat salah tu sama ada achey salah sebut atau wartawan salah tulis
Maksud dia takleh nk mengandung secara normal mcm kena ivf jelaa
Sbb tiub dedua dah takde tp rahim dan ovari ada lg so still boleh ngandung cuma bkn cara biasa melalui hub seks tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tiktok rasanya aritu ada sorang nurse mat salleh ni selalu share tentang journey dia susah nk pregnant, akhirnya dia pregnant..dia terus share daily activities dia. Pastu lepas baby lahir dia meninggal. Aku x pernah follow, tapi lepas dia meninggal tu byk org share. Pastu baca komen2 yg nampak agak harsh tapi maybe ada betulnya. Kadang kita terlalu memaksa badan kita buat benda yang kita x boleh buat. Ramai gak kecam komen2 camtu sbb nurse tu mmg bersungguh nk ada baby.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan achey dan wife utk mendapat zuriat sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.041883 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list