CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 673|Reply: 12

[Tempatan] Wanita tercampak keluar dari Myvi, maut dilanggar lori

[Copy link]
Post time 4-5-2025 05:21 PM | Show all posts |Read mode


PORT DICKSON – Seorang wanita maut dilanggar lori tangki selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Myvi setelah pintu kereta berkenaan secara tiba-tiba terbuka di kilometer 26, jalan Lukut-Sepang, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, wanita berusia 39 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.


-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pintu belakang sebelah kanan kereta yang datang dari arah Sepang menghala ke Lukut terbuka secara tiba-tiba sewaktu melalui selekoh.


“Keadaan itu menyebabkan wanita berkenaan yang duduk di bahagian belakang tercampak keluar ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh lori tangki yang datang dari arah berlawanan.


“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala, pemandu kereta, lelaki berusia 34 tahun dan anaknya berumur lima bulan yang berada di tempat duduk hadapan tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Ujar Maslan, pemandu lori tangki turut tidak mengalami sebarang kecederaan dan rakaman video kamera papan pemuka dari lori tangki telah diperoleh untuk membantu siasatan.


“Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya, pintu tak lock ke?
Ank baru 5 bulan lak tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap...jd yg duduk bahagian belakang adalah isteri?...innalillah...cemana boleh terbukak pintu belakang?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaah…tragis penyebab kematiannya
Selalu kalau pintu xketat ada lampu or bunyi kan
Aku xtau myvi cemana
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:18 PM | Show all posts
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raajiuun...Takziah buat mangsa.Mesti trauma juga tu pemandunya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta buruk selalu terbuka tiba tiba.

Mungkin myvi dah lama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2025 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
mudah nau nak tercampak tetibe time pepagi lak tu
nampak jalan tu mcm bukan hi way

hujung2 kang ada plot twist ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk mcm myvi lama.. nmpk x kat sini betapa pentingnya pakai seat belt wpun duduk kat blkg???  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 09:47 AM | Show all posts
B40tastePosh: Kereta buruk selalu terbuka tiba tiba.Mungkin myvi dah lama

myvi first gen ada central lock. enjin jalan pijak brake 4-4 pintu lock.
i more suspect pintu tak tutup rapat. i banyak kali kejar pemandu perempuan
pintu tutup kereta x rapat. lagi kita kejar lagi dia jauh lari.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:56 AM | Show all posts
noor2 replied at 4-5-2025 11:27 AM
Kejap...jd yg duduk bahagian belakang adalah isteri?...innalillah...cemana boleh terbukak pintu bela ...

pintu tak rapat la tu. myvi model lama ni dia punya pemegang pintu jenis berpaut sekali dengan power window. bukan jenis genggam.
so kalau bahu sakit atau jari sakit . someone from outside kena tutupkan.

kalau u tengok i punya C200 Tahun 1996 lagi u seram.
i gi wedding orang kena parking jauh sikit sebab pintu kena hempas-hempas.
bila hempas 2 3 kali tu orang dah start mengintai buat muka what going on.
gi wedding orang tak payah whatsap tanya bila nak sampai. dengar bunyi hempas
pintu orang dah tahu siapa.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:21 AM | Show all posts
Teringat wei iols jatuh terkeluar dari kereta masa sek ren..kat corner jugak..
Naik prebet sapu..pakcik tu suh iols duduk dpn dgn kwn sbb saiz kecik..
Alhamdulillah syukur time tu tak ada kereta lalu kecuali motor bapak kwn iols..
Sampai skrg masih ada parut..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 11:01 AM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.. benda yg aku takuut, pintu terbuka sendiri. selalu pesan kat anak jgn sndar2 kat pintu, pakai seatbelt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 11:41 AM | Show all posts
salam takziah to the family...dah smp ajal, pintu terbuka hanya penyebab kematian..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058231 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list