CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 474|Reply: 17

[Tempatan] Melinda pegang empat rekod dalam MBOR!

[Copy link]
Post time 4-5-2025 07:53 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur:Bukan hanya satu, tetapi empat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dipegang wanita ini yang juga bekas pegawai tentera.


Melinda Kaur Ragbir Singh, 37, adalah pemegang rekod bagi larian terpantas dalam keadaan bergari sejauh 1.6 kilometer dengan catatan masa 57 minit 34 saat pada 8 Jun 2024.


Selain itu, beliau memegang rekod larian ke belakang di mesin treadmill tanpa henti paling lama iaitu selama 12 jam pada 28 Januari 2023.


Beliau juga pemegang rekod larian paling jauh di mesin treadmill bagi tempoh 24 jam dengan catatan jarak sejauh 123.85 kilometer pada 3 Julai 2022.


Satu lagi rekod dipegang Melinda adalah guling ke hadapan paling laju bagi jarak 100 meter dengan catatan masa hanya 10 saat pada 15 April 2022.


Melinda berkata, pengalaman beliau sebagai bekas atlet kebangsaan dalam sukan olahraga mendorongnya untuk menjadi pemegang rekod.


"Sebelum ini, saya memegang rekod kebangsaan bagi acara 3,000 meter lari berhalangan sejak 2009 dengan catatan masa 10 minit 55.31 saat dan rekod itu belum berjaya dipecahkan sehingga kini.


"Kejayaan itu mendorong saya untuk terus mencipta rekod dengan membuat larian dalam keadaan unik iaitu bergari dengan tidak memakai kasut selain melakukan guling ke hadapan," katanya ketika ditemui di pejabat MBOR di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, sebahagian daripada rekod berkenaan dilakukannya untuk meraih dana yang akan disumbangkan kepada golongan memerlukan terutama kanak-kanak.


"Kelebihan serta kekuatan yang saya miliki ini semestinya tidak akan kekal selamanya. Justeru itu, saya mahu memberikan sumbangan kepada komuniti berdasarkan apa yang saya mampu.


"Apa yang saya lakukan ini adalah satu kepuasan bagi saya. Mungkin orang nampak saya kuat namun apa yang dicapai ini tidak datang dengan mudah, ia datang hasil usaha serta kegigihan berlatih," katanya.


Katanya, beliau turut memberikan sokongan kepada anak perempuannya, Jacquelin Kaur Charanjit Singh yang memegang rekod dalam MBOR sebagai individu paling muda mendaki di Everest Base Camp pada 18 Oktober 2023.


"Ketika itu, dia berusia enam tahun. Saya turut bersama mendaki gunung berkenaan bagi memberikan sokongan moral untuknya meneruskan perjalanan.


"Buat masa ini, saya masih dalam fasa berehat dan mungkin akan mengambil masa beberapa tahun untuk cuba pecah rekod (MBOR) yang baharu.


"Tempoh berkenaan boleh saya gunakan untuk melihat kecenderungan minat dan kebolehan Jacquelin yang mungkin boleh turut serta memecah rekod lain," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 09:43 AM | Show all posts
GBOR dengan segala keturunan die punye rekod makin mengarut2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 4-5-2025 09:43 AM
GBOR dengan segala keturunan die punye rekod makin mengarut2.

melalui video uncle roger aku dpt tahu kita boleh reka rekod baru guinness. so nigel ng/uncle roger buat rekod baru guinness mengumpul org berpakaian seperti dia di pavillion thn lepas. kena rujuk GBOR utk rekod sebelum2 ni, jadi kreatif sikit utk twist reka rekod baru dan bayar pihak GBOR utk nilai & boom ada rekod guinness atas nama ko
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:12 AM | Show all posts
Tak sangka Melinda kena empat rekod Buku Rekod Malaysia (MBOR).. Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by airfilterkotor at 4-5-2025 06:50 PM
Satu lagi rekod dipegang Melinda adalah guling ke hadapan paling laju bagi jarak 100 meter dengan catatan masa hanya 10 saat pada 15 April 2022.

100 meter dengan 10 saat tu bersamaan dengan larian normal atlit paling laju dalam mesia.
Sebenarnya rekod dia guling ke depan adalah 52.4 saat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu Matematik aku semasa di SK Bandar Baru Sentul, nama dia Kaur....garang gila.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2025 04:45 PM | Show all posts
yg kuban2 aje pun

yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Guling ke hadapan tu camna? Impressive juga la 10 saat ja untuk 100m.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-5-2025 02:13 AM
"Satu lagi rekod dipegang Melinda adalah guling ke hadapan paling laju bagi jarak 100 meter dengan c ...

Laaa rupanya. Tu yang aku heran camna boleh golek2 100m dalam 10 saat ja. Mengalahkan pelari pecut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
"Atuk saya lagi hebat..tahun 60 dia menyelam...sampai sekarang msh tak timbul2 lagi"-,Din Beramboi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 08:28 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 4-5-2025 05:42 PM
Guling ke hadapan tu camna? Impressive juga la 10 saat ja untuk 100m.

Macam bawah ni...



Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benefit dpt masuk GBOR ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-5-2025 02:13 AM
100 meter dengan 10 saat tu bersamaan dengan larian normal atlit paling laju dalam mesia.
Seb ...

Jadi, typo ke 10 saat dlm artikel tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:30 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 4-5-2025 09:08 PM
Jadi, typo ke 10 saat dlm artikel tu?

Berlari sekuat hati 100M (lelaki asia tenggara) pun average 10-11saat... kalau 'berdiri guling-berdiri guling' agak-agak boleh dapat 10s?
Sudaa tentu tidak.

Ini bukan typo, ini memang salah wartawan dari banyak segi.




Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 4-5-2025 03:30 PM
Berlari sekuat hati 100M (lelaki asia tenggara) pun average 10-11saat... kalau 'berdiri guling-ber ...

Harian metro kannn.. what to expect.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bistu kalau lari paling laju
kenapa kau tak jadi atlet negara wakil ke olimpik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
"Menurutnya, sebahagian daripada rekod berkenaan dilakukannya untuk meraih dana yang akan disumbangkan kepada golongan memerlukan terutama kanak-kanak."

ooo boleh dapat duit ye masuk dlm mbor gbor segala ni?
k
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak ckp dia cantik.. itu je.. kejayaan dia aku tak dulikkk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074078 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list