CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 3

[Dunia] Reform UK menang kerusi Parlimen dengan 6 undi

[Copy link]
Post time 4-5-2025 03:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-5-2025 11:44 AM



Reform UK menang kerusi Parlimen dengan 6 undiPemimpin parti Reform UK, Nigel Farage (tengah), meraikan kemenangan calon partinya, Sarah Pochin, dalam pilihan raya kecil Runcorn & Helsby di Stadium DCBL, Widnes, barat laut England. - Foto AFP

LONDON: Parti Reform UK yang diketuai tokoh anti-imigrasi Nigel Farage, memenangi satu kerusi Parlimen dengan hanya enam undi dalam pilihan raya kecil di barat laut England, lapor PA Media/dpa.

Kemenangan tipis calon baharu, Sarah Pochin, menyaksikan Reform UK merampas kawasan yang sebelum ini dimenangi Parti Buruh pimpinan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer, dengan majoriti hampir 14,700 undi kurang setahun lalu.

Keputusan itu sekali gus menandakan kegagalan pertama Starmer dalam ujian pilihan raya kecil sejak menjadi Perdana Menteri.

Kemenangan itu dicapai ketika parti populis Reform turut mencatat kemaraan dalam beberapa pilihan raya pihak berkuasa tempatan di seluruh England pada Khamis - hari yang sama pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu diadakan.

Farage menyifatkannya sebagai 'detik besar' dalam landskap politik negara itu.
Calon parti Reform UK, Sarah Pochin, bercakap kepada media selepas memenangi pilihan raya kecil Runcorn & Helsby di Stadium DCBL, Widnes, barat laut England. - Foto AFP
Pilihan raya kecil kawasan Runcorn dan Helsby itu diadakan selepas penyandang kerusi daripada Parti Buruh, Mike Amesbury, meletak jawatan susulan pengakuan bahawa beliau menumbuk seorang pengundi.

Amesbury sebelum ini meraih 53 peratus undi pada pilihan raya umum Julai lalu dan kekalahan kali ini, bersama kemaraan Reform di kubu kuat Buruh yang lain, dijangka mencetuskan kebimbangan dalam pejabat Starmer di Downing Street.

Farage, yang juga tokoh utama kempen Brexit, berkata: "Bagi gerakan ini, bagi parti ini, ia satu detik amat besar, tiada keraguan, dan ia sedang berlaku di seluruh England".

Beliau berkata keputusan itu membuktikan bahawa Starmer telah 'merenggangkan begitu ramai penyokong tradisionalnya, ia benar-benar luar biasa'.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2025 03:43 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-5-2025 11:45 AM

Berharap 4 tahun lagi Reform akan ambil alih pemerintah.


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 4-5-2025 03:43 AM
Berharap 4 tahun lagi Reform akan ambil alih pemerintah.

And make Great Britain great again
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 05:05 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-5-2025 03:03 AM
And make Great Britain great again

Berharap begitulh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2025 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.041805 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list