CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 561|Reply: 23

[Tempatan] Lebih 3.9 juta guna MyKad berbelanja barang dapur

[Copy link]
Post time 1-5-2025 09:18 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Lebih 3.9 juta penerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di kedai berdaftar sepanjang April lalu.

Ia menerima sambutan menggalakkan apabila 72 peratus daripada 5.4 juta penerima Sara berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan sumbangan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa mendengar suara rakyat demi memastikan kelangsungan hidup mereka terus terbela.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peluasan kategori barangan yang dibenarkan di bawah Sara ini adalah hasil maklum balas diterima daripada majoriti penerima.

“Arakian, kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya dan insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus menambah baik pelaksanaan program Sara dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama dijelaskan bahawa penerima Sara ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta orang mulai April lalu, manakala bilangan kedai runcit dan pasar raya berdaftar di bawah program ini mencecah lebih 3,700 rangkaian seluruh negara berbanding 700 unit pada tahun lalu.

Kata kenyataan Kementerian Kewangan itu, bilangan kedai runcit akan ditambah bagi memastikan terdapat kedai Sara yang berdekatan dengan tempat tinggal setiap penerima.

“Mulai 1 Mei 2025, program Sara juga telah ditambah baik melalui peluasan barangan asas yang dibenarkan iaitu meliputi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai.

“Kerajaan Madani mengambil keputusan untuk menambah kategori barangan Sara susulan
permintaan meluas para penerima. Dengan ini, kategori barangan berdaftar di bawah Sara meningkat kepada 14, merangkumi barangan makanan asas, kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan,” jelas kenyataan itu.

Dari segi prestasi pelaksanaan Sara sehingga 29 April lalu, peratusan tertinggi penerima yang membuat pembelian Sara melalui MyKad adalah di Sabah dengan 84 peratus, diikuti Perlis (82 peratus), Kedah (80 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (79 peratus) dan Kelantan (78 peratus).

Sementara itu, kadar maksimum Sara yang diterima adalah sehingga RM2,100 untuk 2025 berbanding RM1,200 pada 2024, peningkatan 75 peratus daripada yang diterima pada tahun lalu.

Pembelian Sara boleh dibuat sepanjang tahun dan baki kadar atau kredit bulanan Sara akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2025 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tdi petang bru dapat shopping topup barang dapur dan barang keperluan anak. Thanks to bang non
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
punye la pung pang pung pang berpuluh tahun nak jadi pm.. siap ada gelaran bekas menteri kewangan terbaik asia lagi tu

last2 setakat ni je idea yg mampu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la dpt gak semua yg terpilih merasa
Harap lg banyak jenama yg turut serta & diperluaskan utk minyak juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 2-5-2025 12:08 AM

Bagus , apa guna negara pengeluar chip tak guna teknologi semaximum mungkin.

Harap dapat hapuskan penyeludupan.

Satu masa Malaysia akan setanding negara negara Europe.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Arakian pulak si madanon ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2025 12:46 AM | Show all posts
Aku tak suka idea guna ic untuk beli barang runcit/atau hal kecil lain contoh scan untuk tambang bas. Pada aku ic ni eksklusive untuk urusan banks/agency kerajaan/hal penting lain. Ic patut simpan dalam wallet safely tapi setengah orang ku lihat selit ic kat lanyard. Senang nak hilang tercicir dan sebagainya. Bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 1-5-2025 10:58 PM
punye la pung pang pung pang berpuluh tahun nak jadi pm.. siap ada gelaran bekas menteri kewangan te ...

Oklaa tuu.. yg ni aku setujukkk.. yg elok dia buat kita puji
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 07:28 AM | Show all posts
bila duit negara x disakau

duit yg x disakau tu bagi kat rekyat

kata lah RM150 setiap rekyat dapat

tapi kalo duit negara kena sakau

mungkin rekyat dapat RM50 jer

baki RM100 tu

pemimpin sakau n kroni2 depa dapat

dan cybertrooper pong dapat ler taik2 sakauan tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 07:32 AM | Show all posts
pengecatbintang replied at 2-5-2025 07:28 AM
bila duit negara x disakau

duit yg x disakau tu bagi kat rekyat

kalo fund negara x cukup utk bagi sumbangan rahmah ni

DSAI wat ler hutang

bertambah lagi utang negara

tp duit utang tu bagi rekyat tak per

ni utang negara bertambah sbb sakau n resuah cth imdb

rekyat melopong x dapat apa

yg dapat Bijan n famili n kroni2
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sara ni mykasih tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 07:52 AM | Show all posts
iols b40 upper
tak dapat
dapat tengok je

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 08:44 AM | Show all posts
korang ada idea tak nak report kat siapa.? time family members aku guna mysara ni, kedai tu gi bantai markup harga
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:25 AM | Show all posts
dekmieDandy replied at 2-5-2025 08:44 AM
korang ada idea tak nak report kat siapa.? time family members aku guna mysara ni, kedai tu gi banta ...

ambil kesempatan plk kedai tu..cer tag mof ngan kpdn tlis nama kdai siap2

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 2-5-2025 02:56 AM
Oklaa tuu.. yg ni aku setujukkk.. yg elok dia buat kita puji

Subsidi tulor habis bln Ogos....yg bermaksud..'merdeka bersama subsidi'....yg ni...KENAPA TAK PUJI KERAJAAN???
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 2-5-2025 08:44 AM
korang ada idea tak nak report kat siapa.? time family members aku guna mysara ni, kedai tu gi banta ...


Berdoa la mohon budak tu dgr suara..suh bakar kedai ni......pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 2-5-2025 02:22 PM
Subsidi tulor habis bln Ogos....yg bermaksud..'merdeka bersama subsidi'....yg ni...KENAPA TAK PUJI ...

Yg ni nyusahkann.. tarak mo la puji.. puji pujian yg terpilih sajoo.. aa gittew
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dekmieDandy replied at 2-5-2025 08:44 AM
korang ada idea tak nak report kat siapa.? time family members aku guna mysara ni, kedai tu gi banta ...

Kpdnkk boleh kot
Inform la guna mysara
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:40 PM | Show all posts
sapeka replied at 2-5-2025 02:26 PM
Kpdnkk boleh kot
Inform la guna mysara

bereh, sebab kat pekan kecik tu jer, ada 1 kedai je boleh accept mysara ni

so ramai terpaksa beli kat kedai dia je
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:43 PM | Show all posts
silance: Aku tak suka idea guna ic untuk beli barang runcit/atau hal kecil lain contoh scan untuk tambang bas. Pada aku ic ni eksklusive untuk urusan banks/age ...

mak i dapat sara ni RM 50. ingatkan boleh pakai kat speedmart99
rupanya kena pakai nun pasaraya nirwana sana.
belakang rumah i ni ada la ibu tunggal OKU . kereta xde .dan dia pun sakit.
macam mana la orang macam ni nak gi claim?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-5-2025 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.066715 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list