CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 13

[Jenayah] Kena Scam Awal Pagi, Beli Ayam Gunting Tapi Dapat Saiz Micropenis, Tepung Salut Lagi Tebal!

[Copy link]
Post time 2-5-2025 08:25 AM | Show all posts |Read mode


Lelaki Terkejut Lihat Saiz Isi Ayam Dalam Salutan Tepung

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@nikamirs) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Nik Amir berkongsi keadaan ayam gunting yang dibeli olehnya.

Dia bersama rakan wanitanya meluahkan rasa terkejut apabila mendapati isi yang berada dalam salutan tepung tersebut tidak seperti yang disangka iaitu kepingan ayam yang begitu kecil.

“Kena scam awal-awal pagi lagi,” kata Nik di ruangan kapsyen.

Salut Tepung Pada Roti Untuk Buat Ayam Gunting Nampak Besar

Perkara itu disedari oleh Nik selepas beberapa gigitan. Jelas lelaki berkenaan, isi ayam gunting mini itu adalah ‘pengkhianatan’ terbesar selepas karipap inti oksigen.

“Mungkin maksud dia ayam ‘ter’ gunting sebab tu kecik je,” sindir Nik.

Tambah Nik lagi, tepung itu juga bukanlah 100% daripada adunan yang selalu digunakan, tetapi peniaga telah mengambil sekeping roti lalu menyalutnya dengan tepung bagi membuatkan ayam gunting itu kelihatan besar.

Nik bagaimanapun enggan mendedahkan identiti peniaga terlibat kerana berasa simpati dan tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.

Perkara yang mencuri perhatian adalah si rakan hanya mampu termenung melihat saiz ayam yang lebih kecil daripada tepung itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut melihat isi ayam saiz mini itu.

“Kalau aku ni mesti dah menangis weh. Aku dapat ayam gunting kering pun dah moody apatah lagi jenis tepung tebal daripada isi macam ni,” kata seorang netizen.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi lebih kurang sama sebelum ini.

“Dulu lepas habis sekolah menengah, pernah kerja kedai makanan goreng-goreng macam ni. Pisang goreng, cucur, keropok, ayam macam-macam ada. Tepung je tebal, isi dia kecil sangat tapi jual harga sama macam kedai lain,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut berseloroh melihat keadaan ayam gunting tersebut.

“Plot twist, dia jual tepung bukan ayam,” jenaka seorang pengguna TikTok.

Nik dalam masa sama turut berharap agar peniaga berkenaan akan memperbaiki kesilapannya selepas membaca sindiran dilontarkan oleh warganet.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2025 08:26 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2025 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2025 08:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2025 02:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Janji untung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2025 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak viralkan tapi konon tak mau tutup periuk nasik
Alahai..
Kau bgtau je
Kitorang nak boikot
Hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat shah alam ni ada satu port hadik kekar tangan berurat jual ayam gunting sissy. Tapi akak taknaklah bagi tahu kat mana sebab akak taknak share beliau dengan acik2 forum sissy. Dia hak milik akak sorang jah sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2025 03:25 PM | Show all posts
Kenapa sama kan dengan 'micro penis', sebab dua2 tu scam ka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
boring mkn ayam gunting
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 2-5-2025 02:51 PM
Kat shah alam ni ada satu port hadik kekar tangan berurat jual ayam gunting sissy. Tapi akak taknakl ...

takpe la mmg langsung tak berminat pun nak tahu

klu penjual tu awek cun baru berminat nak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 2-5-2025 09:50 PM
takpe la mmg langsung tak berminat pun nak tahu

klu penjual tu awek cun baru berminat nak tahu ; ...

Tinggal lagi tangan heols tak seputih tangan dekjitu jah…
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarapan pagi dengan daging ayam cocok² lidi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2025 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Viralkan gerai yg juai tu..nak tgk camana nurtizen basuh peniaga tu sampai ke lubang cacing..sial sgt nak untung cepatlah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-5-2025 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044181 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list