CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 16

[Tempatan] Subsidi telur ayam dikurangkan 50 peratus mulai esok, tamat sepenuhnya 1 Ogos

[Copy link]
Post time 30-4-2025 11:26 AM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA: Kadar subsidi telur ayam dikurangkan kepada lima sen daripada 10 sen bermula esok dan seterusnya ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang mencukupi dan terjamin berikutan kos pengeluaran sudah stabil.


Katanya, ia terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu yang mana ketersediaan bekalan adalah mencukupi dengan harga kompetitf.


"Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan sudah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik COVID-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Russia ke atas harga import soya dan jagung bijian.


"Kerajaan juga sudah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara," katanya menerusi kenyataan hari ini.



KPKM berkata, langkah penyasaran semula subsidi adalah lebih adil memandangkan ketika ini ia turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi, manakala hasil penjimatan daripada peruntukan terbabit kelak boleh digunakan untuk pembiayaan projek tertentu untuk kesejahteraan rakyat selaras dengan nilai MADANI.


Dalam pada itu, KPKM memaklumkan, bagi meminimumkan impak ke atas kos sara hidup, kementerian itu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah intervensi.


Antaranya, pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga yang munasabah.


Rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara termasuk di semua outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).


KPDN pula akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.


"Rakyat boleh menyalurkan sebarang maklumat atau aduan berhubung isu bekalan telur melalui e-mel rasmi KPKM di alamat pro@kpkm.gov.my atau melalui hotline Ibu Pejabat KPKM Putrajaya 03-8000 8000," katanya. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 12:08 PM | Show all posts
aku setuju nak kena tukar strategi subsidi macam ni.. yang untung warga asing.. dah la remit duit kita, pastu subsidi kita pun depa sapu.. nak2 tang minyak peket tu.. lahanat siap simpan untuk dijual kat kaum2 depa shj.

Zaman dulu, 30 tahun lepas ok la sebab warga asing tak ramai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
pung pang puang pang satu artikel

alih2 ni je -> pi ke jualan agro madani, jualan rahmah kalau nak cari harga lebih mampu

siap petik pasal warga asing lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 30-4-2025 12:31 PM
pung pang puang pang satu artikel

alih2 ni je -> pi ke jualan agro madani, jualan rahmah kalau nak  ...

Yg bagi warga asing pun gomen punya kerja, bila tang tarik subsidi konon warga asing yg jd punca kena tarik mmg bahalol badigol samdol punya gomen
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 01:12 PM | Show all posts
mahal laa benjo pasni
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 02:38 PM | Show all posts
https://www.youtube.com/watch?v=hUYU-n1C7yc

Asing worang rompak minyak paket no control. Local tak dapat.
Boleh tarik subsisdi juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kjaan dh kurangkan subsidi 50% dan hapuskan terus ogos nanti.....KENAPA TAK PUJI KERAJAAN???--Akak Kaki
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 30-4-2025 01:11 PM
Yg bagi warga asing pun gomen punya kerja, bila tang tarik subsidi konon warga asing yg jd punca k ...

Pasni mintri wanita pulak suh jgn beranak...kalo ada pompuan tempatan kena rogol ngn pakis atas jejantas......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 30-4-2025 12:31 PM
pung pang puang pang satu artikel

alih2 ni je -> pi ke jualan agro madani, jualan rahmah kalau nak  ...

Kami rakyat di dun Ayaq Kuning tak kisah...pon.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 04:21 PM | Show all posts
Firenzza replied at 30-4-2025 05:11 AM
Yg bagi warga asing pun gomen punya kerja, bila tang tarik subsidi konon warga asing yg jd punca k ...

I syak menjelang raya haji mesti telur xde stok
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Radzor at 30-4-2025 04:27 PM

action taken kat negara ni dictate by warga asing / penyeludup   selepas ambik kira minimum impak ke atas kos sara idop
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 30-4-2025 12:31 PM
pung pang puang pang satu artikel

alih2 ni je -> pi ke jualan agro madani, jualan rahmah kalau nak  ...

Ye la.jualan rahmah kens tunjuk ic nak beli....melainkan ko salah sorang bangla yg terlepas masuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kakigebang replied at 30-4-2025 04:29 PM
Ye la.jualan rahmah kens tunjuk ic nak beli....melainkan ko salah sorang bangla yg terlepas masuk

Kena tunjuk ic ke.. tempat iols semua muka yindon je membeli
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 30-4-2025 02:40 PM
Kjaan dh kurangkan subsidi 50% dan hapuskan terus ogos nanti.....KENAPA TAK PUJI KERAJAAN???--Akak K ...

#matsabu4pmxi
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:00 PM | Show all posts
Lepas ni ramai la yang berkira2 nak order telur dadar/mata sebagai lauk tambahan kat kedai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 30-4-2025 04:25 PM
action taken kat negara ni dictate by warga asing / penyeludup   selepas ambik kira minimum impak ke ...

Tanda aras kami buat keputusan adalah berdasarkan....WARGA ASING.
"sini Malezia kami suda bisar la abang..gomen apa mau buat..misti tengok kita asing worang dulu la"-Bangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurrrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.125953 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list