View: 225|Reply: 2
|
[Jenayah]
2 lelaki ragut rantai leher warga emas di Kampung Pandan diburu
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki disyaki meragut rantai emas milik warga emas di hadapan kuil di Kampung Pandan di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Syahrul Anuar Abdul Wahab, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa, yang berusia 60 tahun sedang menuju ke kenderaannya apabila dihampiri suspek.
"Ketika mangsa hendak masuk ke dalam kereta, dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut rantai leher yang dipakai mangsa sebelum melarikan diri.
"Beberapa orang awam cuba membantu menangkap suspek namun tidak berjaya. Buat masa ini, nilai kerugian dialami mangsa belum dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, anak saudara mangsa memaklumkan bahawa ibu saudaranya tidak mengalami kecederaan fizikal tetapi masih dalam keadaan trauma dan enggan membuat laporan polis buat masa ini.
"Bapa kepada anak saudara mangsa mengalami kecederaan di tangan semasa cuba menghalang suspek.
"Pihak polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kuil terbabit untuk membantu siasatan.
"Usaha mengesan kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan iaitu samun," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alahai.. Kesiannya kena ragut..
Time emas tgh mahal ni, i simpan je dkt rumah, tak pakai pun sbb takut kes2 mcm ni la.. Paranoid |
|
|
|
|
|
|
|
Musim emas tengah mahal. Peragut nampak macam gantung duit kat leher. |
|
|
|
|
|
|
| |
|