CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 13

[Tempatan] Enam penghantar makanan Foodpanda terima penghargaan polis, tolong tangkap peragut

[Copy link]
Post time 29-4-2025 09:20 AM | Show all posts |Read mode



MELAKA – Enam penghantar makanan Food Panda menerima surat penghargaan daripada Polis Kontinjen Melaka selepas berjaya membantu pihak berkuasa memberkas seorang suspek kes ragut pada 23 April lalu.

Majlis penyampaian surat penghargaan itu disempurnakan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar dalam satu majlis sebagai tanda penghargaan atas tindakan pantas mereka membantu pihak polis, di sini semalam.

Keenam-enam penerima anugerah itu telah terlibat dalam insiden mengejar dan pergelutan dengan suspek di Plaza Pandan Malim sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.

Seorang penerima, Abdul Aziz Ibrahim, 55, memberitahu, sebelum kejadian dia dan beberapa penghantar lain telahpun menubuhkan kumpulan WhatsApp khas untuk membantu polis mengesan suspek.

“Saya dihubungi Unit D9 IPD Melaka Tengah Isnin lalu untuk bantu operasi ini, jadi kami terus sebarkan maklumat lokasi suspek supaya semua rider dapat ‘alert’.

“Ini kerjasama rider dan polis. Selepas lima tahun kerja sebagai penghantar makanan, saya amat terharu dapat penghargaan daripada Ketua Polis dan syarikat Food Panda sendiri,” katanya.

Tambah Abdul Aziz, insiden itu membuktikan komuniti penghantar makanan bukan sekadar menghantar makanan, tetapi juga mampu menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak berkuasa demi keselamatan orang ramai.

Sementara itu, Mohammad Haikal Mohd. Yassin, 22, pula berkata, pengalaman itu membangkitkan semangatnya untuk terus membantu pihak berkuasa.

“Kami bukan hanya hantar makanan, kami juga nak jaga keselamatan komuniti. Kalau ada apa-apa maklumat jenayah, kami takkan teragak-agak bantu polis. Ini tanggungjawab sosial kami,” katanya.

Sumber - KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 09:37 AM | Show all posts
bagus sangat usahasama macam ni...

aku yakin.. sebagai rakyat Malaysia.. kita sendiri nakkan komuniti kita selamat.. and nak je contribute kepada komuniti .. ikutla kemampuan masing2..

ada yg mampu contribute wang ringgit.. mendermalah..
mampu dari segi masa.. luangkanla masa join aktiviti masyarakat
mampu tenaga.. join la gotong royong ke..
macam2 cara kita bole contribute.

and rider2 ni.. memang sesuai sangat jadi mata2 kepada pihak berwajib. Mereka la yang berkeliaran di setiap pelusuk.. yang mana kadang tak terjangkau dek kereta2 peronda untuk memantau. Mereka akan lebih bersemangat dan rasa diperlukan bila diberikan penghargaan... lagi best kalau bagi imbuhan sketla.. kalau takde takpe.. ni pon dorang dah glamer..

terima kasih orang baik..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:33 PM | Show all posts
Syabbas kepada mereka. Semoga murah rezeki dan diberkati. Dilindungi dari marabahaya dan kejahatan manusia dan shaitan. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 02:44 PM | Show all posts
mantap
biar takut peragut ni
korang pun kena hati2 jgk
takut kena aim nanti
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah nya pegi tunjuk muka... kalau peragut tu geng2 dendam camne pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2025 03:39 PM | Show all posts
Tu pasal aku selalu beri laluan kat rider ni bila2 mereka nak cepat. Ko jalan lah dulu. Mereka ni ibarat mata2 tidak rasmi di jalanan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 04:59 PM | Show all posts
bagi la kebel cekang kat mereka masuk polis untuk yang layak la..hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 05:25 PM | Show all posts
kenapa yg no 3 dr kanan tgn parking situ


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 05:43 PM | Show all posts
Org berjiwa besar..kerja delivery tapi tetap ada tgjwb sosial..semoga makin murah rezeki mereka

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla knp kesian tgk muke abam2 foodpamda ni, nmpk susah je, struggle je, muke org kg mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 09:07 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 29-4-2025 05:25 PM
kenapa yg no 3 dr kanan tgn parking situ

Biasa main bola tu dia perasan tengah buat benteng free kick kot



Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah dpt warga Malaysia yg mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la bagus diorg tolong polis banteras jenayah...tapi pada kak kiah cukup la setakat jadi tukang salur maklumat. Tak yah la beria nak bergelut bertumbuk dgn penjenayah. Polis mmg dah terlatih nak handle org2 jahat ni. Ni korg dengan badan nipis melayang gitu..buatnya kena rembat kena tikam dgn penjenayah...jadi satu masalah pulak. Kena pulak yg ada anak bini. Jadi apa2 kat korg cacat ke apa...yg susah anak bini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.045484 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list