CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 7

[Tempatan] Pasangan tunang ‘lalok’ curi duit tabung surau, pecah kedai dicekup

[Copy link]
Post time 25-4-2025 09:07 PM | Show all posts |Read mode


KLUANG – Sepasang kekasih dicekup polis awal pagi hari ini selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk mencuri duit tabung surau serta pecah masuk kedai di sekitar daerah ini.


Pasangan berusia 21 dan 22 tahun itu diberkas kira-kira pukul 1 pagi di Ladang Sungai Kluang, Jalan Padang Tambak di sini.


Difahamkan, mereka menjalankan ‘kerja’ itu sebagai modal membeli dadah serta simpanan untuk berkahwin.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati tangkapan suspek lelaki mempunyai enam rekod berkaitan jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah.


“Suspek wanita pula mempunyai dua rekod berkaitan penyalahgunaan dadah.


“Saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Tambah Bahrin, kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Mei depan.


Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) serta 014-3656822. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Couple mcm ni kalau kawen n ada anak, mmg kesian laa anak2 nya tu. Maybe terbiar, jadi gangster ke. Hope jab agama tgk juga kelayakan latar belakang pasangan. Kalau yg gini, baik x yah lah, kesian kat anak2 yg bakal lahir nanti
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 01:02 PM | Show all posts
Edited by glump at 26-4-2025 01:11 PM

macam pengasuh cucu tu lah..akak tu membela sorang anak perempun berusia 7 tahun di diabaikan oleh maknya. lahir budak  tu mak buat tak tau, nenak tak larat nak jaga ..si pengasuh ni kesian bantu2 si nenek , sekali nagan nenek ngan mak lepas tangan. biar je budak tu kat pengasuh ni jaga sampai dah masuk sekolah. budak ni lahir sbg anak tak sah taraf ..masa umur 5 tahun mak dia kahwin ngan bapak budak tu..sekali tak sampai 6 bulan cerai. sampai sekarang kesian budak tu masih dok ngan pengasuh sampai skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 01:21 PM | Show all posts
Aku tak faham kenapa dorang gigih juga nak kawin, untuk menghalalkan jimak is it?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Ada jg niat tu nak menghalalkan hubungan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiiii...ko pergi pejabat kadi jelah bodohhhh.

Gigih kumpul duit nak berhantaran kenduri bagai.

Nak jemput penagih dadah dan staf AADK lain datang kenduri ke camne???

Serious tak paham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2025 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Konferm acik tak pergi kenduri korang sebab suudzon dalam nasi minyak kau dan gulai kawah kau ada daun ganja
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 11:25 PM | Show all posts
wahh hat fomfuan tu free hair ye. jaga2.. sure kena hencap 3x ganda uii dr ahli2 nurakajen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.039338 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list