CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 721|Reply: 34

[Jenayah] Cedera Dekat Badan, Lencana Jalur Gemilang Berbahaya Untuk Pelajar Sekolah!

[Copy link]
Post time 25-4-2025 09:18 AM | Show all posts |Read mode


Bagi menanam semangat patriotisme di kalangan pelajar, terdapat banyak langkah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya.

Pelaksanaan lencana itu sudah pun berkuat kuasa sejak 21 April lalu secara berperingkat. KPM juga membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang itu secara percuma kepada semua murid bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Antara objektif lain lencana ini adalah bagi menyemai perpaduan, menonjolkan identiti kebangsaan, mewujudkan sikap tanggungjawab dan disiplin serta tanda penghormatan kepada negara.

Meskipun ramai yang teruja dengan inisiatif ini, segelintir pihak berpendapat penggunaan lencana jenis pin ini adalah tidak sesuai.

Lencana Jalur Gemilang Jenis Pin Berisiko Mencederakan Murid

Terbaharu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Pendidikan MCA, Felicia Wong Yin Ting berkata lencana baharu Jalur Gemilang yang ditetapkan penggunaannya oleh KPM berisiko mencederakan para pelajar.

Hal ini kerana, murid-murid berkemungkinan tidak mahir lagi bagi mengendali objek tajam. Tambah beliau, murid juga terdedah dengan kecederaan sekiranya terpijak atau terduduk atas pin bendera yang tercabut dan tercicir.

Perlu Ambil Kira Isu Keselamatan Murid Dalam Menggunakan Lencana Jenis Pin

Dalam pada itu Felicia berkata, memupuk perasaan cinta terhadap negara dalam diri anak-anak adalah penting, namun pihak berkuasa tidak boleh mengabaikan keselamatan murid.

“Dalam kita berusaha untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan para pelajar, keselamatan mereka tidak seharusnya dikorbankan.

“Apa yang tidak sedap didengar adalah baru beberapa hari ia dilaksanakan, ibu bapa sudah mula melahirkan kebimbangan keselamatan anak mereka melalui media sosial berhubung pin lencana yang tajam yang boleh mendatangkan kecederaan.

“Walaupun lencana itu dibekalkan secara percuma, namun turut mendapat kebimbangan ibu bapa sekiranya lencana itu pecah atau rosak, mereka perlu mengeluarkan modal untuk membeli lencana yang baharu,” jelas Felicia menerusi satu kenyataan di laman Facebook MCA.

Para Ibu Kongsi Keadaan Baju Anak Selepas Pakai Lencana Pin Jalur Gemilang

Ulas beliau lagi tidak sampai beberapa hari pemakaian lencana Jalur Gemilang itu dilaksanakan, banyak aduan sudah mula diterima daripada ibu bapa di platform media sosial.

“Saya faham, kecederaan melibatkan pin lencana Jalur Gemilang ini mungkin tidak begitu banyak, tetapi kan lebih baik mencegah dari mengubati?” ujar Felicia.

Seorang ibu dikenali sebagai Nur Amalia berkata lencana tersebut menyebabkan pakaian seragam mempunyai kesan lubang yang banyak. Bukan itu sahaja, si kecil juga dikatakan tidak mahir untuk pin semula lencana yang sudah tercicir.

“Baru dua hari pelancaran pemakaian lencana Jalur Gemilang, ini dia hasilnya. Rosak habis seragam sekolah hasil main cucuk cucuk jarum. Balik sekolah baru perasan lencana ni jatuh, terselit dekat beg.

“Rupanya anak aku ni nak pakai balik lencana tapi tak masuk dalam lubangnya. Tak ke bahaya mujur tak tercucuk dekat badan dia. Memang lepas ni tak boleh pakai dah lencana berjarum ni, sangat tak sesuai untuk budak kecil ya walaupun darjah satu,” luah si ibu.

Seorang lagi wanita dikenali sebagai Krescellia khuatir selepas rakan sekelas didakwa sengaja menolak anak perempuannya sehingga menyebabkan bahagian baju seragam yang dipin dengan lencana Jalur Gemilang itu terkoyak.

Dalam pada itu, Felicia berkata, MCA mencadang agar menggunakan lencana Jalur Gemilang bersulam atau yang boleh ditampal bagi mengelak berlakunya sebarang kecederaan terhadap murid, selain mengelak kes kecurian atau kehilangan.

PAGE Gesa KPM Guna Lencana Jalur Gemilang Jenis Berjahit

Lencana Jalur Gemilang jenis berpin ini juga mendapat perhatian Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) yang berpendapat bahawa ibu bapa sepatutnya diberi pilihan menggunakan lencana jenis jahitan pada baju seragam anak.

Pengerusi PAGE Noor Azimah Rahim berkata lencana Jalur Gemilang yang berjahit adalah lebih selamat dan mesra kanak-kanak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2025 09:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2025 09:19 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2025 09:20 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 09:48 AM | Show all posts
kenapa x bagi lencana jahit yee? or rubber patch paling senang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:16 AM | Show all posts
budak2 esp yg sekolah rendah bila main ngan kawan2 mmg tak ingat dunia dah... tengah melasak risau ter tarik lencana tu je sebab pakai pin kan... betul, elok kalau buat yg kene jahit or gam pakai iron tu terus lekat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak aku punya besi pin dah tercabut hari ke2. Tercabut masa nak pakai beg sekolah. Terpaksa la beli yg baru. Pihak sekolah bagitahu yg bendera iron in tak dibenarkan. Kalau sebulan 4 pin, dah 4 ringgit. Setahun 48 ringgit. Macam membazir pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai macam ni ke taraf kualiti manusia zaman skrg?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh pakai pin ke ? Bingai nya dah kalau kay wajibkan pemakaian, guna la mcm material lencana sekolah kasi jahit / gam terus
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:44 AM | Show all posts
aku dulu sek rend 96-2000. nametag mmg jenis pin.
tapi xda plak accident cmni.
ka sbb low quality lencana bendera skrang?

masuk mnengah, lencana skolah jenis pin kecik & nametag pn still pin.
bangga gila lencana skolah jenis metal.
mmg skolah premier.
hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:17 AM | Show all posts
dah berapa orang yang mati tertusuk pin?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:21 AM | Show all posts
alah ngade sgtlah mak pak sekarang ni.. bagi yg berjahit nanti komplen juga nak kena jahit la, kalau tak reti jahit kena hantar kedai, kos lagi, bagi iron on satgi kata tak melekat la, basuh sekali tercabutlah... kau2 tarbi je anak masing2..bgtau benda bahaya boleh tercucuk, main hati2..bla2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:29 AM | Show all posts
Memang merbahaya menggunkan pin dan object keras seperti itu untuk kanak kanak sekolah yang sedang buas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaazim replied at 25-4-2025 10:16 AM
budak2 esp yg sekolah rendah bila main ngan kawan2 mmg tak ingat dunia dah... tengah melasak risau t ...

yg aku fikir kes buli dan gaduh...'mende tu' dijadikan senjata...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 25-4-2025 11:21 AM
alah ngade sgtlah mak pak sekarang ni.. bagi yg berjahit nanti komplen juga nak kena jahit la, kalau ...

1.ank ko dgr ckp..ank aku tak..abes la ank ko.
2.ank aku dgr ckp...ank ko tak...abes la ank aku.
                              
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:39 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 25-4-2025 11:29 AM
Memang merbahaya menggunkan pin dan object keras seperti itu untuk kanak kanak sekolah yang sedang b ...

sebab seingat diriku anak2 ku masa sekolah rendah lama dah pakai lencana or nama yg jahit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 11:45 AM | Show all posts
mamaazim replied at 24-4-2025 07:39 PM
sebab seingat diriku anak2 ku masa sekolah rendah lama dah pakai lencana or nama yg jahit...

Sepatutnya buat seperti itulah dijahit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:49 AM | Show all posts
aryyan replied at 25-4-2025 10:44 AM
aku dulu sek rend 96-2000. nametag mmg jenis pin.
tapi xda plak accident cmni.
ka sbb low quality le ...

betul.zaman sekolah dulu sempat guna pin ni.masu dalam washer machine pun tak ada tercabut.lasak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat la jemis zap zap velcro tape tu. Nak bsuh leh tanggal..x luntur. Tak tajam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 11:59 AM | Show all posts
adoi laa parents nowday.. apa lembik sgt ni? segala isu nk komplen tak betui.. aku dulu hidup zaman nametag pin jarum ni elok sihat jaa masing2. ni mesti parents yg hidup zaman nametag pelekat kat baju/tudung. lekehhhhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053235 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list