View: 277|Reply: 4
|
[Tempatan]
Cucu nenek yang tular baca Yasin dan berzikir luar dewan dapat 9A SPM
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Pengorbanan seorang nenek yang tular setia menunggu di luar dewan peperiksaaan sambil membaca surah Yasin dan berzikir semasa cucunya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akhirnya membuahkan hasil apabila remaja itu memperoleh keputusan cemerlang 9A.
Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna TikTok @Crmuhammadnazri, memaparkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut yang diumumkan di Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak hari ini, sekali gus mengesahkan kejayaan cemerlangnya.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizan yang rata-ratanya tersentuh dengan pengorbanan nenek dan keberkatan doa yang membawa kepada kejayaan kepada cucunya.
“Alhamdulillah, tahniah adik. Akak berjurai air mata sebab kau, adik. Pengorbanan orang tuamu,” kata @Noorlezajusohliey.
“Terima kasih nenek, usaha nenek berbaloi disebabkan nenek memang berusaha untuk menjadi yang terbaik. Alhamdulillah,” kata @Florence_ni.
“Masa saya SPM mak saya pun bacakan Yasin. Alhamdulillah, subjek yang tidak pernah dapat A tiba-tiba dapat A. Terima kasih mak,” kata @Sitifr.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siapa haritu perlekehkan nenek tu baca Yassin...katanya asyik2 baca Yassin.
Yassin tu banyak rahsia kalau nak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...sayangnya nenek kt cucu |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah....happy to hear this...mesti nenek happy sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel ini totap tak berjaya tarik akak masuk isle sissy. Apa yang akak nampak cumalah motivasi yang tinggi sissy. Motivasi sebab nenek yang amat sayangkan cucunya lalu cucunya simpan niat yang mendalam belajar cerdik2 untuk banggakan neneknya, and then motibasi sebab dari penceritaan, nampaklah kita bahwasanya budak itteww hidup dalam kehidupan serba positif sissy.  |
|
|
|
|
|
|
| |
|