Menurut Shiera lag, anaknya mendapat B dalam subjek Sejarah, C dalam Matemarik dan E dalam Kimia.“1 A tanda memperoleh kemenangan. Baik semua lulus. B Sejarah, Kimia dapat E, kenapalah Airra ambil Kimia tak ambil melukis? Dia minat melukis,” katanya.
Difahamkan, Airra tidak kelihatan kerana dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk ke Pulau Pinang dan sudah mengetahui keputusan tersebut menerusi semakan secara dalam talian.
“Saya datang ke sekolah anak saya untuk ambil keputusan SPM, tapi anak saya tak ada kerana dia kena naik kapal terbang ke Langkawi hari ini.
“Saya tetap datang sebab saya nak tengok dengan mata sendiri. Sekarang ini, yang dapat 9A sedang naik pentas. Kami semua seronok, dan sebak melihat pencapaian mereka,” katanya.