CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 17

[Tempatan] Berebut tempat nak minta sedekah, lelaki mati ditikam

[Copy link]
Post time 24-4-2025 09:46 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM – Berebut tempat meminta sedekah menjadi motif seorang lelaki mati ditikam di hadapan sebuah bank di Seksyen 18, di sini hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun yang juga peminta sedekah mati di lokasi kejadian akibat ditikam beberapa kali di bahagian dada menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pukul 12 tengah hari sebelum berjaya menahan suspek lelaki berusia 28 tahun kira-kira setengah jam kemudian di lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek ingin meminta sedekah di kawasan tersebut.

“Semasa kejadian telah berlaku pertengkaran mulut di antara kedua-dua mereka berkaitan isu perebutan tempat meminta sedekah. Suspek kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam dada mangsa beberapa kali,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, tikaman tersebut telah menyebabkan mangsa jatuh terbaring berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, dekat sini untuk bedah siasat.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau. Hasil ujian saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati saspek negatif sebarang penyalahgunaan dadah,” jelasnya.

Kata beliau, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat kira-kira pukul 10 pagi esok di Mahkamah Shah Alam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abd Hafiz Sariee di talian 0148905051,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Miskin nye Warganegara....Bangla dan Madura lagi kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi..siap cop cop tempat okeh nak mengemis
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:49 AM | Show all posts
type k
mengemis pun bawa senjata tajam ke
celaka
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 07:56 AM | Show all posts
baru ni aiols ke kl area2 low yat tu, ada satu port org mintak sedekah bawah tangga building. depa boleh tukar2 shift chuols

sorang k tu habis shift siang, time tu maghrib...sorang pacik tua k tggu tepi, yg sorang tu blah, dia ganti lak kihkih. mebe anak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 08:15 AM | Show all posts
mesti area situ masyuk sbb tu berebut mengemis sakan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2025 08:18 AM | Show all posts
alhamdulillah, kurang satu peminta sedekah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 09:02 AM | Show all posts
pernah di datangi oleh peminta sedekah. dia kata kalau tak nak bagi dia duit. beli la makanan untuk dia.haprak punya jantan. setiap meja ko dah sapu rm1 ko nak expect semua orang mesti hulur.kita ni bekecah ketiak cari duit.ko sedap ja tadah tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 09:10 AM | Show all posts
liyamariska replied at 25-4-2025 08:15 AM
mesti area situ masyuk sbb tu berebut mengemis sakan...

org kita ni terlalu pemurah, sbb tu la diorg malas kerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 09:11 AM | Show all posts
kuat gagah perkasa lagilah yang tukang tikam tu ye walau sesama mintak sedekah. kalau kuat gitu pacit, bolehla lagi keje. kejela elok2 tp udah terlambat, sbb lepas ni konpem ko masuk dalam pacit. lagi senang xyah mintak sedekah dah, gomen bagi makan minum free je dok dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:04 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 24-4-2025 06:54 PM
Miskin nye Warganegara....Bangla dan Madura lagi kaya.

Dua bangsa tu kalo xdtg malaysia dorg lg semiskin dari warganegara. Dtg malaysia baru dpt merasa senang.minum milo.indon jika dpt minum milo konon org kaya .Warganegara kurang jd pengemis nak2 melayu.type I  aku selalu lah nmpk.lain2 tu bangsa kesayangan 3 ekor yg nyanyi lagu selamat malam dot dot.puiii.



Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
9 rekod jenayah lampau. Adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:27 AM | Show all posts
miss_white replied at 25-4-2025 02:04 AM
Dua bangsa tu kalo xdtg malaysia dorg lg semiskin dari warganegara. Dtg malaysia baru dpt merasa s ...

Balik kampung bawak milo,nak tunjuk org kampung baru balik dari Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
mangsa 40, pembunuh 28...both muda cukup sifat bekerjaya sebagai peminta sedekah
semua ni warga tempatan ke? pergi la minta keje jd jaga ke, mydin, tesco, giant berlambak keje kot bodo piang pun tkg angkut barang byk je job.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 12:23 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 25-4-2025 03:27 AM
Balik kampung bawak milo,nak tunjuk org kampung baru balik dari Malaysia

Hahahaha.bg sedara mara dia milo sorg sebungkusSemua dia sakau bwk blk indon.minyak paket bwk blk skli ke tak tuh..





Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 12:30 PM | Show all posts
miss_white replied at 25-4-2025 04:23 AM
Hahahaha.bg sedara mara dia milo sorg sebungkusSemua dia sakau bwk blk indon.minyak paket bwk blk  ...

Nak tunjuk kaya bawak balik milo dari sini, bagi sorang sepeket.. Jadi lah ye

Minyak masak kalau datang rumah dorang mau berkotak-kotak dalam stor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2025 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-4-2025 07:13 AM
Amboi..siap cop cop tempat okeh nak mengemis

Dah tiba masanya warga Malaysia X oayah bg sebelah kat pengemis etc etc..
Nak sebelah pi bg sedekah kat badan NGO , agens kerajaan yg sah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi tapak, sanggup tikam org.
Dh la tak bayar sesen pun
Acah2 mcm dia punya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.075409 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list