View: 1075|Reply: 8
|
[Tempatan]
Cendol Tumpah Dalam Kereta, Pergi Bersihkan Sendiri!
[Copy link]
|
|
Ada antara kita yang tidak kisah untuk makan di dalam kereta, ada juga yang begitu tegas dengan tidak membenarkan sesiapapun makan dan minum di dalam kereta miliknya. Antara sebab utama tentulah untuk mengelakkan makanan dan minuman tertumpah dan mengotorkan ruang dalam kereta.
Tidak hanya sukar untuk dicuci, malah sisa makanan dan minuman yang berpotensi terlepas pandang bakal mengundang kehadiran serangga perosak terutamanya lipas.
Bagi anda yang 'dibenarkan' untuk menikmati juadah di dalam kereta, satu perkara penting perlu anda beri perhatian. Jika berlaku tumpahan di dalam kereta ketika anda makan atau minum, pastikan anda segera membersihkan semula tumpahan tersebut dengan segera.
Jangan anggap tindakan membersihkan semula sisa makanan yang tumpah di dalam kereta itu sesuatu yang remeh. Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri bertindak membersihkan bekas tumpah ketika minum cendol di dalam kereta.
Satu rakaman video KDPB Tengku Ampuan Pahang sedang membersihkan tempat duduk penumpang bahagian hadapan tular di media sosial apabila dikongsikan Facebook Kesultanan Pahang hari ini.
"Dah biasa dah cuci sendiri, buat kerja sendiri," titah Baginda Tengku Ampuan Pahang sambil membersihkan ruang bawah tempat duduk penumpang.
Sambil merakam, KDPB Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempat berjenaka.
"Ibu mithali, boleh menyanyi, boleh menari tarian Orang Asli, boleh buat kraftangan, boleh cuci kereta. Elok je ni. Contohilah Tengku Ampuan Pahang," titah Baginda.
"GG, terlanggar, ampun. My fault," titah Baginda Tengku Ampuan Pahang sambil membersih.
Difahamkan, kedua KDPB Baginda sedang melalui Daerah Maran bersempena Kembara Pahang 1.0 yang dijadualkan bermula hari ini sehingga 23 April 2025. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Walau pun maybe just content tapi aku suka. Contoh teladan itu penting especially bab disiplin. Zaman sekarang dah tak ada nabi tapi raja masih wujud as role models. Kalau Dah takde sangat nanti retis pun jadilah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-4-2025 11:59 AM
Walau pun maybe just content tapi aku suka. Contoh teladan itu penting especially bab disiplin. Zama ...
ye... walopun mungkin content, tp sikap/teladan yg baik, bagus!
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakai Wet Tissue....lepas guna tissue yg kering atau kain lap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 22-4-2025 11:59 AM
Walau pun maybe just content tapi aku suka. Contoh teladan itu penting especially bab disiplin. Zama ...
Clap clap clap ni aku setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Raja dah bagi arahan suruh cuci kenalah cuci. Hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Air bergula tumpah mmg la kena cecepat bersihkan.itupun leather dibuatnya seat jenis kain mcm kete cabuk aku gila melengas.dapat pulak jenis manusia ocd mmg takkan tunggu punya |
|
|
|
|
|
|
| |
|