CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1172|Reply: 10

Zahnita rasa seperti ‘ditikam’ bekas rakan kongsi

[Copy link]
Post time 19-4-2025 02:02 PM | Show all posts |Read mode


Terasa seperti 'ditikam' oleh sahabat sendiri, pelakon dan model Zahnita Wilson bagaimanapun enggan berbalah dengan bekas rakan kongsi perniagaannya yang dikenali sebagai Nur Hanisah.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, sebaliknya memilih berdiam diri daripada menjawab segala tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Sudah tentu rasa seperti ditikam oleh kawan sendiri.

“Saya tak mahu berkata buruk tentang dia, apa yang saya katakan nanti dia kata saya putar belit.

“Apa yang saya cakap akan berbalik pada saya kembali, jadi lebih baik saya diam,” katanya kepada mStar.


  


Zahnita berkongsi perkara itu sejurus selesai prosiding kes rumah tangganya bersama suami iaitu Abdul Zackery Ghouse di Kompleks Mahkamah Kuantan, Pahang pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zahnita tidak menolak kemungkinan Hanisah melemparkan tuduhan buruk itu atas faktor tidak puas hati.

Malah, dia sendiri tidak mengetahui motif sebenar wanita berkenaan cuba untuk menjatuhkan reputasinya di mata umum.

“Dia cakaplah apa-apa, saya memang takkan respon, mungkin itu faktor dia tak puas hati sebab tak boleh nak jatuhkan saya.

“Saya tak tahu apa motif dia sebenarnya, kenapa nak menjatuhkan saya?

“Saya cuba teruskan hidup tanpa ganggu sesiapa, nak hidup dengan tenang sahaja,” jelasnya.

Pada 10 April lalu, Hanisah mendakwa cerita Zahnita dianiaya suaminya sendiri iaitu Abdul Zackery Ghouse adalah tidak benar.

Sebaliknya Zackery adalah individu yang sentiasa berada di belakang Zahnita memberikan semangat.

  


Pada pagi Jumaat, tiga kes rumah tangga melibatkan Zackery dan Zahnita disambung ke tarikh baharu.

Tiga kes tersebut adalah permohonan cerai, perintah injunksi terhadap gangguan dan tuntutan hadanah atau hak lawatan serta hak bermalam.

Pada 3 Disember tahun lalu, Zahnita memfailkan cerai terhadap suaminya, Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Kemudian, Zackery didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

  


Zahnita juga diberikan hak hadanah interim terhadap empat anaknya pada 6 Disember 2024.

Untuk rekod, Zahnita dan Zackery mendirikan rumah tangga pada 2005.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8 dan Abd Zayden Ghouse, 4 tahun.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai tudung rupa opah.. bukak tudung terus jd ratu cantik
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudung tu okay cuma kne ejas skit. Xpun beli tudung Faz jelahh haha
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii..awat x bergaya langsung...sebelum ni dah cantik balik..ni dah terbalik 360°....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dia ni duk bdr sri damansara
Apsal dia pindah kuantan? Mak dia duk sana ke atau ikut ex laki dia duk sana? Ada support system ke kat sana?
Kalo dh serai tu, ko pindah je la blk duk KL ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kena suka tunjuk sisi selekeh ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Giler harga RM78 utk pie hodoh gitu.
Tiba2 one woman show pulak. Mana pekerja2 semua.

sepadan rupa znita dgn suamimya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah on balik la ye pie ni
Buat la betul2
Jgn guna ramly meat or blueberry jam ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by L.U.S.M at 22-4-2025 01:11 AM
LadyCarefree replied at 20-4-2025 11:29 PM
Giler harga RM78 utk pie hodoh gitu.
Tiba2 one woman show pulak. Mana pekerja2 semua.



Kannnn..aku dh agk dh dia ni problematic

Sah2 la rumours tu betul
Tu sebab la dia xmo komen apa2
Risau kantoi la tu
hahahahaha...

Btw buruk betul pki tudung dh rupa mcm nenek2..
Nek ta pun reti berpesen
Dulu claim ex xbelikan dia apa2 brgn mekap
Now dh duk sendiri with income pun still selekeh jugak
So who's problem actually?
Mmg dia selekeh n ada mental illness...
Tinggal lg xseek treatment je

"Super"model my ass
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena kasi jauh2 negative2, pakai baju cantik2, repair muka kasi pink kena duit banyak jalan2 healing
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Confidence level mmg sampai langit ketujuh. Org cantik je yg berani keluar rumah simple cenggitu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.119403 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list