CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1867|Reply: 26

Rebecca Nur Al Islam berang dituduh tumpang populariti kakak ipar, panggil menantu Bonda Rozita ‘bodoh’

[Copy link]
Post time 20-4-2025 08:46 AM | Show all posts |Read mode

TIADA angin tiada ribut, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam muncul dengan sebuah video penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan usahawan Rozita Ibrahim.

Ia susulan Rebecca, 39, dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Apa mencuri perhatian, Rebecca memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dalam video berkenaan.

Dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

Jelas Rebecca, dia tidak mengejar publisiti murahan seperti didakwa sudah dikenali sejak usianya belasan tahun dan meraih populariti hasil bergelar anak seni.

Berbanding menantu Rozita atau Bonda Rozita yang didakwa berjaya dan dikenali disebabkan berkahwin dengan lelaki berada.

"Saya tak perlu publisiti murahan. Saya sudah popular sejak berlakon ketika usia saya belasan tahun lagi.


"Saya adik ipar dan makcik hanya menantu. Sepatutnya makcik bersyukur sebab kahwin dengan orang kaya.

"Kalau tidak makcik cuma seorang hali nasyid yang tak terkenal dahulu," katanya.

Rebecca meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Menjawab tuduhan terhadapnya, Rebecca menjelaskan dia tiada niat tidak baik sebaliknya sangat mengalu-alukan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

"Saya dan adik beradik yang lain sangat rapat, malah kami sangat berbangga menerima kakak ipar baharu dalam keluarga kami.

"Adakah makcik ini bodoh atau bercakap tidak menggunakan akal fikiran?


"Saya rasa makcik ini bodoh sebab kata saya tiada kena mengena, kalau tidak kenapa saya bercakap dan bukannya saya muat naik hantaran tanpa izin," ujarnya.

Di akhir video dibuat, Rebecca juga menyindir menantu Rozita yang tidak mencerminkan sikap seorang wanita bertudung.

Jelasnya, wanita menutup auat tidak mudah mengutuk individu lain secara umum dan menyifatkan individu tersebut sebenarnya memang seorang yang suka bergosip.

Sebelum ini, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah pada Mac lalu. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
becca pun boleh ke dibanggakan pencapaian seni tu? sendiri pun kawen org kaya 'bankupt'
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tatau apa ke significant pencapaian seni acik becca dlm bidang seni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dia pinjam 1.5m dgn k.ipar? ????
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr awal dh nampak bonda kali ni dah tersalah masuk family
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
seleb Malaysia nie kaya tapi perangai rempit tak boleh nak buang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2025 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
DS pun mulut leh tahan jugak.yg pernah keje ngan dia je tau mulut dia cemana.si becca pulak jakun tetiba ada orang kaya masuk dalam family.lebih sudu dari kuah macam nasi himpit.serupa jakun
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JunkMail at 20-4-2025 10:38 AM

Bakalan dapat laki ke6 la nampaknya ni .. Bekah patut dok diam diam menikmati kekayaan kak ipar tak perlu melebih2 posting eksyen2 kat socmed terpaling closed knit sibling. Ni dah kecoh ntah apa nasib rumahtangga abang kumis kesayangan kau tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya mkn ikan Bekok ujan2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepatutnya makcik bersyukur sebab kahwin dengan orang kaya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang dah tahu keperibadian makcik Becca melalui percakapan dan bahasa yang dia guna. Tak de class langsung!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:22 AM | Show all posts
tertengok video dia tadi ... hmmm ..
kena buku dengan ruas kali ni nampaknya


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih sudu dr kuah..kau tu title adik ipar ajepun, esok2 katakanlah jodoh abang kesayangan kau tu x panjang, kau cuma 'bekas' adik ipar tau. B.E.K.A.S aje
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat Bekah je meroyan. Lahhh rupanya kakak dia pun mai bekap Bekah terus di fantart fantart kan nye tinshid..  this is going to be interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik? Umur kau dgn tinshida tu lebih kurang je. Tinshida tu masa kawin toklip tu he takdelah kaya macam sekarang tau because she pergi tolong toklip meniaga pasar malam lagi masa mula mula dulu. Kau tu beca yang konon datin kawin lawyer bibik keliling pinggang tapi rupanya hutang banyak sampai rumah pun kena lelong.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mende la teletubbies ni. antara menantu dgn ipar, menantu dulu. menantu tu mcm anak. sampai mati pon tak batal wuduk. bercerai ke, meninggal ke. kau tu ipar je. kalau dia ceraikan abg kau automatically kau takde pape dah dgn dia. toksah beria nau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah disebokkan life abg ngan kaka ipar ko bekah oiii..ai syak bonda report kat tinshid la kata dia tak suka bekah dok haplod gambar2 dia ngan shuben..nak di tegur kang sentap plak adik ipar terpaling sendu rumah nak kena lelong tue..hmm semoga till jannah lah bonda..baru nak senang2 ada peneman hidup, ada ipar menunggang plak demi secebis like..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape yg otak si bekah ni fikir eh... eh lupa pulak dia mana ade otak.... dia sebenarnya memalukan diri sendiri untuk yg kesekian kalinya... sebelum ni sesikit je... tapi nahhhh skrg terserlahhh perangai buruk bekahh
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
motip siap ada note book apo bekah
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tunjuk terpaling bini lawyer, ada note book. Mesti Erma Fatima tepuk tangan nnt.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.145399 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list