View: 162|Reply: 6
|
Didadaku ada kamu:Isteri Tertidur Atas Dada Suami Boleh Redakan ‘Anxiety’ – Ahli Farmasi.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 15-4-2025 10:10 PM
Menurut Ahli Farmasi itu, satu kajian juga telah menunjukkan bahawa sentuhan dada dengan pasangan boleh bantu tenangkan sistem saraf dan redakan rasa cemas
Tertidur atas dada suami terapi anxiety buat isteri
Seperti baru-baru ini, seorang lelaki yang juga ahli farmasi dikenali sebagai Syah Ismail mendedahkan bahawa tertidur di dada suami merupakan salah satu terapi ‘anxiety’ buat para isteri.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syah berkata mendengar degupan jantung suami boleh boleh membantu otak isteri merasa selamat dan stabilkan emosi.
Menurutnya lagi, satu kajian juga telah menunjukkan bahawa sentuhan dada dengan pasangan boleh bantu tenangkan sistem saraf dan redakan rasa cemas.
“Siapa dekat sini yang pernah tertidur tanpa sedar atas dada suami, haa sweet sangat, ‘share’ lah dekat komen.” katanya.
Sentuhan ‘berkuasa’ dapat buat seseorang rasa selamat dan tenang
Memetik laman web Psychology Today pula, sentuhan di antara pasangan disifatkan ‘berkuasa’ kerana ia dapat membuatkan seseorang berasa selamat, tenang dan terhubung.
Difahamkan, sentuhan akan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (parasympathetic nervous system) iaitu bahagian tubuh yang membantu kita berehat, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan tekanan.
Selain itu, sentuhan juga merangsang saraf vagus yang menghubungkan otak dan jantung yang akan membuat pasangan rasa lebih selamat secara emosi sekali gus mengurangkan rasa cemas.
“Kita memang dilahirkan untuk perlukan sentuhan, seperti bayi yang rasa selamat sebaik sahaja dilahirkan, begitu jugalah orang dewasa.
“Jika seseorang tidak selesa dengan sentuhan, ini mungkin disebabkan oleh pengalaman lampau, tetapi yang indahnya ialah kita boleh belajar semula untuk menikmati sentuhan yang sihat dan penuh kasih sayang,” tulis laman itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tertido atas celah kangkang camne pulak?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalau atas dada bf camna lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-4-2025 10:38 PM
Kalo tertido atas celah kangkang camne pulak?
hahahah time kak nab baru kawen ni..gelingeleman k..euww xmalu. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 15-4-2025 10:38 PM
Kalo tertido atas celah kangkang camne pulak?
kemain kan..depan2 org pun boleh..bila dah x suka,dia buang laki dia sebegitu saja |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli farmasi ingatkan doktor pakar mana tadi..ujung2 nak jual supplement le tu |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 15-4-2025 10:48 PM
kalau atas dada bf camna lak..
ada lagi anxiety takut jais mai join |
|
|
|
|
|
|
| |
|