CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 14

[Tempatan] Keluarga pelajar mati lemas dakwa wujud unsur kecuaian

[Copy link]
Post time 6-4-2025 08:19 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Keluarga Allahyarham Muhammad Zulfan Iqbal Zaiful yang meninggal dunia akibat lemas di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor mendakwa terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian arwah.

Bapa arwah, Zaiful Ibrahim, 53, tampil membuat laporan polis dengan ditemani peguam, Hafiz Norkhan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan makluman pihak sekolah, anaknya dipercayai lemas ketika menjalani latihan pemulihan di kolam renang terjun SSTMI sedalam lima meter.

“Menurut rakan-rakan sepasukan, arwah tenggelam ke dasar kolam dan berada dalam air selama lebih kurang 15 hingga 20 minit sebelum berjaya dinaikkan oleh seorang atlet renang yang berada di lokasi kejadian.

“Ketika dikeluarkan dari kolam, arwah tidak sedarkan diri serta mengalami pendarahan di mulut, hidung dan telinga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiful berkata, sehingga kini, keluarganya masih belum menerima maklum balas mengenai hasil siasatan daripada Kementerian Pendidikan mahupun Polis Diraja Malaysia sejak kematian arwah pada 25 November tahun lalu.

Sehubungan itu, Zaiful menyeru agar pihak berkaitan dapat menjalankan siasatan secara menyeluruh serta adil dan telus.

Katanya, kejadian kemalangan melibatkan kehilangan nyawa pelajar di premis sekolah berasrama penuh adalah amat serius dan tidak wajar dipandang ringan.

“Sebarang kecuaian dalam aspek pemantauan, keselamatan dan tatacara latihan mesti ditangani secara menyeluruh agar kejadian seumpama ini tidak berulang,” jelasnya.

Allahyarham Muhammad Zulfan, 16, merupakan pelajar tingkatan empat dan atlet bola sepak bawah 16 tahun di SSTMI, Johor.

Difahamkan, bakat arwah sebagai penjaga gol membuatkannya berada dalam radar pemantauan pasukan Johor Darul Ta’zim. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya kalau lebih 15 min. Mana org lain waktu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
15minit???
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang cuai abis la. Berlatih sendiri takda coach kew?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:49 PM | Show all posts
iols pun tak berani nk swimming sorg2 kalau pool lebih 1.2m .... wlupun iols pndai berenang, tapi iols takut kalau tgah2 swimming tetiba kaki cramp... arwah ni mmg sorg2 ke ms tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Coach keretapi berlanggar, kissing together-gether
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2025 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 6-4-2025 10:50 PM
Coach keretapi berlanggar, kissing together-gether

haippp
this is serious sh!t

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun
Practice sorg2 ke mcm mana???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2025 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 6-4-2025 10:49 PM
iols pun tak berani nk swimming sorg2 kalau pool lebih 1.2m .... wlupun iols pndai berenang, tapi io ...

Meols lepas eksiden...ada trauma tp x sedar. Sejak tu bila swim je bila sampai tgh2 pool size olimpik tu kaki meols rasa mcm kene tarik. Bila sampai 3 kali rasa mcm tu di hari yg berlainan...tros pencen swim. Biasa swimpool mesti ada life guard. Pdhal meols suka swim malam2 pasal xde org. Cuma terpikir bahaya masa kat bilik mandi tu la malam2 kul 9.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 08:30 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah ambik lawyer. Semoga ada siasatan menyeluruh terhadap kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 10:19 AM | Show all posts
lama 15 20 min tu..
and kawan-kawan yang nampak tak buat apa ke?
takde sorang pun minta tolong sampai 15 20 min baru ada yang naikkan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama sgt tu 15min dlm air. 5 min pun dh kira lama giler.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ni dia atlet bola so dia masuk pool tu bukanlah berlatih swimming kan just hydro physio yg mungkin dia dgn kawan2  sendiri buat tanpa bgtau guru atau pemerhati (life saver).  Atlet renang yg selamat kan dia pun berlatih sendiri2 ke takde coach?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2025 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Org x perasan la tu dia dah tenggelam kat dasar kolam..tambah 5m plak kedalaman kolam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.497974 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list