CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

[Kedah] Ibu tunggal lega anak dapat baju raya

[Copy link]
Post time 28-3-2025 02:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-3-2025 02:03 AM

Ibu tunggal lega anak dapat baju raya

SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
27 Mac 2025 05:42pm




Zuraini sedang memilih seluar untuk anaknya, Muhammad Zabidin yang ditaja sebuah pasar raya, Central Square Sungai Petani.



SUNGAI PETANI - Seorang ibu tunggal menzahirkan penghargaan terima kasih dan bersyukur apabila dua daripada lima anaknya ditaja untuk mendapatkan pakaian raya.

Zuraini Ibrahim, 49, dari Taman Sejati berkata, anaknya, Muhammad Umar Thaqif, 8, dan Muhammad Zabidin, 13, cukup teruja setelah mengetahui ditaja oleh sebuah pasar raya untuk membeli baju raya.


Menurutnya, suami yang selama ini menjadi tulang belakang, meninggal dunia sejak kira-kira lapan tahun lalu akibat kemalangan menyebabkan dia mengambil alih tugas menyara keluarga.

"Susah hati sebelum ini tak tahu bagaimana nak beli baju raya anak kerana hanya bekerja di kedai makan...bulan puasa, kedai makan cuti sebulan, jadi saya tolong kawan di Bazar Ramadan dan dapat duit sikit untuk perbelanjaan harian," katanya.




Kanak-kanak yang diraikan bergambar kenangan selepas membeli baju raya di Central Square Sungai Petani.



Selain itu, Rosnah Hashim, 62, gembira kerana dua orang cucu, Mohd Arif Ridzuan,9, dan Noraisya Imani,5, yang menghidap autisme diberikan peluang untuk membeli baju raya.


"Anak dan cucu tinggal bersama saya kerana bapa mereka dah berpisah...terima kasih pihak yang menaja baju raya, seronok mereka dapat pilih baju dan kasut baru," katanya.


Sementara itu, Pengurus Pemasaran Central Square, Harmizal Che Omar berkata, seramai 30 kanak-kanak terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), asnaf dan anak yatim diberi peluang mendapatkan pakaian baru di pasar raya berkenaan.


Mereka boleh memilih sendiri baju dan kami akan bayarkan ikut bajet yang diberi, ini salah satu tanggungjawab sosial korporat untuk masyarakat kurang berkemampuan sempena Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.


Hadir sama, Pegawai Daerah Kuala Muda, Azmin Zainol Abidin dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Noraziana Ibrahim.

https://www.sinarharian.com.my/article/720018/edisi/utara/ibu-tunggal-lega-anak-dapat-baju-raya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.042489 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list