CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 946|Reply: 16

‘Dulu tempelan, sekarang pelakon senior ramai jadi hero’

[Copy link]
Post time 24-5-2025 06:40 PM | Show all posts |Read mode


PELAKON Rusdi Ramli teruja apabila industri seni sekarang memberi ruang kepada aktor senior menjadi tonggak utama dalam sesebuah naskhah.


Rusdi, 55, berpendapat, perkara tersebut mampu menyeimbangkan antara pelakon baharu dan lama selain memberi peluang aktor senior untuk menunjukkan aksi cemerlang.


"Kebanyakan skrip dahulu untuk watak berusia ini cuma sebagai ‘tempelan’ sahaja tetapi sekarang, karakter macam kami diberi peluang untuk ke depan dalam sesuatu naskah.


  


“Ini sesuatu yang positif dan beri keseimbangan antara pelakon baru dan lama,” katanya kepada Kosmo! Online ketika majlis tayangan perdana episod akhir drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di ibu kota, semalam.


Bagaimanapun, bintang filem Waris Jari Hantu itu mengakui negara luar lebih cenderung untuk mengangkat hero dalam kalangan pelakon senior berbanding pelakon baharu.


"Jarang sebenarnya kita lihat hero yang berumur memegang watak utama di Asia Tenggara. Tetapi kalau selain daripada Asia Tenggara, kebanyakan hero ini semua sudah berumur seperti 40 tahun ke atas.


  


“Asia Tenggara sahaja yang banyak ketengahkan watak utama dari golongan remaja dan bawah 30.


“Saya tidak tahu mungkin selera Asia Tenggara macam itu kan? Sebagai contoh, Shah Rukh Khan yang sudah berumur 60 tahun tetapi masih menjadi hero lagi,” katanya lagi.


Sebelum ini, kemunculan pelakon-pelakon berpengalaman seperti Faizal Hussein dan Datuk Rosyam Nor memegang watak Utama sering mendapat perhatian. – HIBGLAM




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
baru2 ni ada tertengok klip drama pabila dia tersenyum kat TT..mcm best watak pak cik ni cuma tak kesempatan lagi nak maraton tgk haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade ternampak video dia berlakon jadi suami yg tak guna, ambil barang kemas isteri dia . Macam tak sesuai dgn rupa dia sbb aku selalu tengok dia berlakon watak2 yg bukan antagonis
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacaknya dia dia dgn misai janggut mahupun clean shave ye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Berceraikah?

Anak2 handsome.




Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
steady
achik sokom otai2 making a comeback as hero


apapun kesihatan dan ibadah dilupa jgn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2025 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada iras tom hardy pulak kalau ada facial hair
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ku penah jmpa dia
ensem byk dr ku tgk kat tv
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2025 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pelakon lama lagi berkualiti..semua watak ok..penghayatan tip top..tapi dia memang mesra alam..aunty iols reunion sek aminudin baki selalu bgtau rushdi ni join je reunion..
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Crush betul i dgn dia ni satu ketika dulu muka manis berlakon pun helok
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 24-5-2025 11:23 PM
Berceraikah?

Anak2 handsome.

Aritu bininye kata he dah sendu, mcm xde job. Job si rusdi htr anak gi skolah sementara masih aktif cari duit. Xtau ler skrg masih sendu atau dah ada job
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka layan haluan tak silap drama rtm masa bulan ramadhan haritu. Watak utama rushdi ramli ni la dgn wartawan cina tu, ada zain ruffedge. Pelakon hebat2 yg jadi anak rushdi ni pun tak kayu. Iols suka cerita not typical suami itu boifren ini bagai. Jalan cerita dia best pasal kes kemalangan dan dendam
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni vibe anak mak sangat. Heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2025 09:00 PM | Show all posts
dia ni berlakon best.mak dia pon.
dia berlakon jd watak adik fauziah nawi dlm cte ry apa tu yg wan sharmila, syafie naswip lg sp ntah.
watak dia kejapppp je.tp best gila.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls suka bila pelakon2 senior ni bwk watak antagonis mcm faizal hussein, zamarul hisyam, rosyam nor, hasnol rahmat..lg berasa dri org2 muda yg bwk
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 04:27 PM | Show all posts
yg dia berlakon kahwin dgn kawan baik mak dia tu best sgt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni cukup pakej... Tapi macam tak di pandang... Duit pun tak ada kan...harta pun macam tak ada... Mak pun sewa flat...
Dia ni tak pandai buat apa2... Selain berlakon je katanya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.953491 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list