CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 516|Reply: 8

Penangan Erma Fatima, tiga filem inspirasi drama Bidaah akan terbit di Indonesia

[Copy link]
Post time 24-5-2025 01:12 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Penerbit eksekutif dan penulis skrip drama Bidaah, Erma Fatima, memaklumkan tiga buah filem Indonesia akan dihasilkan dengan mengambil inspirasi daripada dramanya itu.


Erma atau Fatimah binti Rahmad Ali, 57, bangga apabila naskhah pengkarya Malaysia bukan sahaja berjaya menembusi pasaran Indonesia malah membuka lebih banyak peluang untuk bakat anak tempatan dipandang selepas ini.


“Akan ada lebih kurang tiga penerbit di Indonesia yang akan membuat filem inspirasi Bidaah. Jadi salah satunya, akan membuat filem bertajuk Khurafat Walid, dan pihak produksi mahukan skripnya dibuat oleh saya.


“Lagi satu tajuknya adalah Nikah Batin dan satu lagi kami sedang mencari tajuk. Jalan cerita berbeza tapi masih berkisarkan ajaran sesat,” katanya kepada media, baru-baru ini.


  


Jelas Erma lagi, dia bersyukur apabila dilamar untuk menulis skrip bagi dua filem daripada senarai tersebut.


“Nikah Batin bukan ditulis oleh saya. Nikah Batin adalah berdasarkan kejadian di Lombok, Indonesia yang mana selepas Bidaah keluar, ada satu ‘pesantren’ kena ‘serang’.


“Ada seorang jemaah perempuan menonton Bidaah, dan dia dapat kekuatan untuk membuat laporan polis jadi ‘pesantren’ itu disiasat. Saya rasa kisah itu sudah tular sebelum ini dan ada satu produksi menjadikan kejadian itu sebagai filem.


“Alhamdulillah saya berbangga sebab sudah bertahun kita tak dapat masuk Indonesia, dan sudah bertahun drama kita disekat dan filem kita tak berapa dikenali di sana. Jadi ini adalah permulaan yang baik untuk industri seni kita,” katanya.


  


Dalam pada itu, bagi Erma, apa yang paling penting bukan tentang populariti Bidaah, tapi bagaimana naskhah itu berjaya membuat masyarakat faham akan ajaran sesat yang berlaku.


“Saya dengar ada 10 ‘pesantren’ yang diserang selepas viral Bidaah di Indonesia. Alhamdulillah ini sangat bererti untuk saya, kerana apa yang saya mahu sampaikan, menjadi kenyataan dan ini adalah sedikit ‘contribution’ dari orang seni macam saya.


“Ini juga antara dakwah saya untuk menyedarkan orang ramai mengenai ajaran sesat.


“Niat saya adalah untuk menyampaikan mengenai ajaran sesat, supaya orang tidak terpesong akidahnya.


“Jadi apabila berlaku ini, ia adalah suatu yang sangat besar bagi saya. Saya terharu kerana apa yang sampaikan, diterima di sana,” katanya.


  


Mengulas lanjut, Erma berkata dua dari tiga produksi filem berkenaan akan membabitkan dirinya dari penulisan skrip sehinggalah kepada pemilihan pelakon.


“Kita memang ada memberi syarat di mana mereka kena ambil sekurang-kurangnya seorang pelakon Malaysia. Namun belum boleh saya kongsikan pelakonnya dan satu daripada filem itu akan dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat di Indonesia.


“Jujurnya Walid iaitu watak yang dibawakan Oleh Faizal Hussein cukup popular di sana, semu bertanya pasal dia dan sudah tentu saya sangat bangga bila mereka kenal Walid. Ia membuatkan saya rasa berbaloi kena maki dan dikecam,” katanya.


Sebelum ini, Erma memaklumkan beberapa penerbit filem dari Indonesia berebut untuk membeli hak tayangan  siri Bidaah.


Terdahulu, Bidaah menduduki tempat pertama bagi 10 rancangan utama di platform Viu mengatasi drama lain termasuk dari Korea Selatan. -UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cult Emma dah berkembang

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau level sinetron kena extreme sikit babak2 cerita baru la dpt sambutan kat indon. Dulu pernah tgk cerita ala2 islamik sbb pompuan bertudung.. sekali ada satu scene solat berjemaah lelaki dan perempuan dlm bilik tido (sbb ada katil). Pas tu lelaki tu ajak perempuan tu kahwin... Jemmmm otak meols tgk Lepas tu meols tutup tv terus.

Walaupun in real life mungkin mmg ada kehidupan sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 02:59 PM | Show all posts
Memang warga Konoha low IQ suka sajian cerita macam ni. Yang aku heran kat Malaysia ni ada yang puji melambung cerita sampah ni. Bukan pasal aku kesah tentang nama buruk setard-setard ke apa, memang olahan cerita, skrip semua sampah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 05:43 PM | Show all posts
Best footwear manufacturer in agra blends tradition with modern style, offering comfortable, durable, and eco-friendly shoes crafted with authentic Indian craftsmanship.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat drama janna nick baim wong berlakon tu haha

peluang besar jugak lah retis2 kita yg bakalan dpt watak utk filem2 indo tu nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2025 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 24-5-2025 06:20 PM
teringat drama janna nick baim wong berlakon tu haha

peluang besar jugak lah retis2 kita yg bakalan ...

Kn dh ada artis kita yg selalu berlakon kat sana. Dh lupa anna jobling ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 24-5-2025 02:52 PM
Kalau level sinetron kena extreme sikit babak2 cerita baru la dpt sambutan kat indon. Dulu pernah tg ...

Sbb mmg ada gitulaa
Mmg real life warga konoha sbnarnya lebih teruk drpd drama.
Kita org Malaysia je acah2 sgt takleh terima cerita mcm Bidaah dan sewaktu dengannya tu
Ingat semua org ni baik kerr, hat bertudung lemah lembut ajar Geografi kat sekolah pun selamba je kelepuk kelepak ngn laki org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2025 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 24-5-2025 11:37 AM
Sbb mmg ada gitulaa
Mmg real life warga konoha sbnarnya lebih teruk drpd drama.
Kita org Malaysia  ...

Betul la tu.. i lah antara org yg indenial wujud masyarakat yg dah rosak Tak sanggup nk tgk walaupun kat tv Macam keluarga itu, mmg geli nk tgk kat tv. Tapi kisah bapak rogol anak ni bukan kisah luar biasa.. dah biasa dgr. Scary...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.062843 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list