CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 135|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak Energy terus sokong pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar

[Copy link]
Post time 27-3-2025 10:25 AM | Show all posts |Read mode


Mohd Azlan (kanan) menyerahkan buku ‘Life from Headwaters to the Coast: Baleh Heart of Sarawak’s Wilderness’ kepada Sharbini (kiri). -Gambar Sarawak Energy

KUCHING: Sarawak Energy terus menyokong pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar melalui penyelidikan saintifik serta kerjasama, menekankan kepentingan memelihara ekosistem semula jadi Sarawak.

Sarawak Energy dalam kenyataannya berkata sebagai sebahagian daripada usaha ini, syarikat utiliti utama Sarawak itu bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)  menerbitkan buku yang mendokumentasikan biodiversiti Taman Negara Baleh.

Bertajuk ‘Life from Headwaters to the Coast: Baleh, Heart of Sarawak’s Wilderness’, buku itu menyusun penemuan daripada Ekspedisi Saintifik Heart of Borneo (HoB) 2015, yang dijalankan dengan kerjasama Sarawak Energy, UNIMAS, Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Ia menawarkan akaun komprehensif tentang flora, fauna dan geologi Baleh, menyumbang kepada usaha pemuliharaan dan penyelidikan yang berterusan.

Buku itu disunting bersama oleh Pengurus Besar Kelestarian Sarawak Energy Mohamad Irwan Aman dan Profesor Dr Mohd Azlan Jayasilan dan Profesor Dr. Indraneil Das, kedua-duanya dari Institut Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar (IBEC), UNIMAS.

Pada majlis penyerahan diadakan di Menara Sarawak Energy baru-baru ini Mohd Azlan yang juga pengarah IBEC, menyampaikan buku itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili.

Mengulas mengenai buku itu Sharbini berkata peri pentingnya penyelidikan saintifik dan pemuliharaan dalam menyokong pembangunan kuasa hidro yang mampan.

"Wilayah Baleh adalah rumah kepada kepelbagaian biologi yang luar biasa dan memainkan peranan penting dalam masa depan tenaga diperbaharui Sarawak.

“Projek Hidroelektrik Baleh merupakan asas strategi kami untuk pembangunan tenaga mampan negeri dan melindungi alam sekitar kekal menjadi keutamaan kami," katanya.

Beliau menambah Sarawak Energy akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dalam penyelidikan dan pemeliharaan bagi melindungi ekosistem semula jadi serta menyokong inisiatif pembangunan tenaga.

Sementara itu Mohamad Irwan berkata pemeliharaan kawasan tadahan penting untuk mengekalkan kemampanan sumber kuasa hidro Sarawak.

“Melindungi dan memulihara kawasan tadahan adalah asas untuk memastikan kemampanan jangka panjang.

“Pendekatan kami ialah menyepadukan pemuliharaan ke dalam dasar dan mengukuhkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan institusi penyelidikan,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.045144 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list