CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 266|Reply: 6

Preity Zinta Sumbang Lebih RM600,000 Bantu Balu Tentera India

[Copy link]
Post time 27-5-2025 09:57 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon terkenal Bollywood, Preity Zinta menzahirkan sokongan dan keprihatinannya terhadap pengorbanan anggota keselamatan dengan menyumbangkan sebanyak ₹1.10 crore (RM620,000) kepada Persatuan Kebajikan Isteri Tentera (AWWA) bagi Komando Selatan Tentera India.


Sumbangan yang disalurkan melalui peruntukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pasukan kriket Punjab Kings, yang turut dimiliki Zinta, bertujuan memperkasa golongan Veer Naris (balu tentera) selain membantu pendidikan anak-anak mereka.


  


Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan tersebut turut menyusuli pelancaran Operasi Sindoor, yang dilaksanakan susulan insiden serangan pengganas di Pahalgam pada 22 April lalu.


Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Jaipur pada Sabtu lalu dan disempurnakan dengan kehadiran Panglima Komando Selatan, Presiden Wilayah AWWA Shapta Shakti serta keluarga anggota tentera.


  


“Di majlis itu, saya bertemu dengan para wanita yang akan merindui suami mereka setiap hari dan setiap detik dalam hidup mereka. Saya bertemu dengan anak-anak mereka dan melihat senyuman mereka.


“Tiada rungutan, tiada air mata. Hanya rasa bangga, kekuatan dan pengorbanan. Keberanian yang ada di dalam dewan itu sangat luar biasa hingga membuat saya rasa begitu kerdil. Ia benar-benar satu penghormatan buat saya untuk berkongsi pentas dengan para Veer Naris dan keluarga mereka,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.


Selain itu, bintang Bollywood terkenal itu juga menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan adalah kecil dan mahu penerima tahu bahawa masyarakat sentiasa terhutang budi dengan mereka.


  


“Saya hadir dengan sumbangan kecil sebagai tanda terima kasih atas khidmat dan pengorbanan mereka. Saya mahu mereka tahu bahawa mereka tidak dilupakan, dan kita akan sentiasa berhutang budi kepada mereka, selama-lamanya,” tambahnya lagi.


Dalam perkembangan lain, Zinta bakal membuat kemunculan semula di layar perak menerusi filem terbaharu bertajuk Lahore 1947, bergandingan dengan aktor terkenal, Sunny Deol.


Filem yang diterbitkan oleh Aamir Khan itu berlatarbelakangkan peristiwa pemisahan India dan dijangka menjadi naskhah penting dalam karier seni beliau selepas sekian lama menyepi daripada dunia perfileman. - MEDIA HIBURAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Wuit Wuit!!! Lawanya! Sasuai dgn nama stage dia yakni Pretty.

Ada orang letak nama sweet lah anggun lah jelita lah, tapi tak selaras.
Maaf penjelasan ikhlas sempena ASEAN Summit 2025.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 11:48 AM | Show all posts
cantiknya lahaiii dia ni daripada dulu...dengan dimple yang dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih aktif berlakon lgi ye dia ni, dah lama betul tak follow. Menten lawa betul preity ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa tp bila dah renovate hidung terus nampak mature muka dia , kalau x mesti nampak lebih keanak anakan aiols minat dgn dia terutama movie Soldier dgn Bonby Deol yg tasty dah tua pun hensem Bobby, dahlah clean image
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2025 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu comel, sweet. Sekarang cantik lawa.

Paling kelakar boleh pulak la dia ketemu jodoh dengan laki surnama Goodenough.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu Amir Khan bgtahu taste dia pretty zinta. Tapi di bolayan kan jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2025 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.484506 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list