CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 9

[Politik] Yusoff Rawther pro Zionis: Simpati bukan bererti sokong, kata Akmal Saleh

[Copy link]
Post time 15-6-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 15-6-2025 12:33 PM

Sinar Harian
SITI NOOR FAEZAH MUDASITI NOOR FAEZAH MUDA
14 Jun 2025



KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan beliau bersimpati terhadap nasib yang menimpa Muhammed Yusoff Rawther, namun menegaskan tidak berminat untuk memberikan sokongan.

Beliau berkata, Muhammed Yusoff merupakan individu yang pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Israel, sedangkan ramai lagi individu lain yang lebih layak menerima perhatian.

“Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tanya, ini jawapan saya, simpati tetap simpati, tetapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu dan sejujurnya, orang yang menyokong negara Israel ini saya tidak berminat untuk komen dan sokong.

“Sebab beliau tidak layak mendapat perhatian saya. Bila ada orang menyokong Israel secara terbuka, ini sebab lebih ramai lagi insan yang layak dapat perhatian dan pembelaan dari kami,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.


Sebelum ini, Tun Faisal menerusi hantaran di media sosialnya mempersoalkan pendirian Muhamad Akmal susulan tiada kenyataan dikeluarkan selepas Muhammed Yusoff dilepas dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Muhamad Akmal, mungkin apa yang dianggap sebagai kezaliman terhadap dirinya itu sebenarnya adalah petunjuk daripada ALLAH untuk Muhammed Yusoff.


“Apa yang beliau alami hanyalah sebahagian kecil, mungkin satu peratus sahaja daripada kezaliman yang ditanggung oleh saudara-saudara kita di Palestin yang telah puluhan tahun dizalimi oleh rejim Zionis laknatullah yang beliau sendiri pernah sokong.

“Moga peristiwa ini boleh membuatkan beliau insaf dan ubah persepsi menyokong Israel,” katanya.


Dalam pada itu, Muhamad Akmal turut mengulas isu melibatkan Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Belon’.

Tegasnya, beliau enggan mengulas lanjut kerana individu berkenaan telah memilih pihak lain sebagai peguam dan wakil, malah telah dibawa ke beberapa lokasi termasuk menghadiri sidang media.

“Mengenai isu Abang Belon, jangan tanya kami, sebab dia dah pilih kamu dan kawan-kawan sebagai peguam dan kamu dah bawa dia keliling kampung, siap ada sidang media.

“Seharusnya tanya diri sendiri dan tanya kawan-kawan kamu apa cerita tentang Abang Belon ya. Dah dia pilih kamu, jangan kamu tinggalkan dia pula separuh jalan sebab dah tak boleh nak tunggang dia,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Akmal turut menyindir Tun Faisal untuk bertindak mempersoalkan pendirian ketua pemuda parti sendiri terlebih dahulu.

"Bak kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sebelum tanya mana suara Ketua Pemuda UMNO, patut tanya mana suara KP kamu dulu.

“Dan saya nak tanya, sanggup ke sokong orang yang secara terang-terangan menyokong Zionis yang membunuh saudara kita di Palestin tu?” soalnya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:19 PM | Show all posts
Abis tu kenapa Non hired dia as researcher dulu? Research apa dia buat?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
'Mengenai isu Abang Belon, jangan tanya kami, sebab dia dah pilih kamu dan kawan-kawan'

So what kalau abang belon dah pilih orang lain sebagai peguam ko masih boleh nak tolong kan. Ka tak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu kalo jumpa keling nyamar melayu dgn ular,kena katok keling dulu


Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni sapa. Mmg dr medikal ka. Hihi aku dh geli nengok muka dia. Sbb tuhari datin ameera serai dgn laki dia tu. Amira spilled benda yg menggelikan tekak aku ni ha.  Kisahnya so called doktor ni turut menjalang dgn laki dia. Dktor ni klu ada conference kt pwtc ke apa nth.... dia akn curi2 masa lari p hotel nearby utk beromen... settle romen sambung keja.
Mwahaha.
Ssungguhnya tiap kali trnmpk muka dktor ni kt mana2.. terus aku geli tekak. Pengotor much
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2025 07:42 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 16-6-2025 06:24 PM
Dia ni sapa. Mmg dr medikal ka. Hihi aku dh geli nengok muka dia. Sbb tuhari datin ameera serai dgn  ...

dr akmal gay? bisex?

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 07:50 PM | Show all posts
Maaf Rawter tulis kat mana yg org kata dia sokong israel tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 16-6-2025 07:50 PM
Maaf Rawter tulis kat mana yg org kata dia sokong israel tu?

Di sini (tak pasti sama ada Yusoff ada nafi ke tidak): https://www.israelnationalnews.com/news/350037

Tapi perkara ni adalah isu berasingan daripada hak dia sebagai seorang yang ditahan dan didakwa serta hak dia untuk membawa kes sivil terhadap individu lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2025 09:23 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 16-6-2025 08:39 PM
Di sini (tak pasti sama ada Yusoff ada nafi ke tidak): https://www.israelnationalnews.com/news/350 ...

Thank you. Oh ok dia siap tulis article kat israel newspaper, kalah sis changa

Tapi betullah itu hak dia nak side mana, dia tgk dr vidw dia. Agree ni dua isu berbeza, whatever it is dia tetap berhak dpt keadilan dan tak sepatutnya dia iayai oleh org yg berkuasa di negara kita.

Act aku support palestin. Selama ni mungkin aku kelihatqn liberal kat forum, so sekali tu kat thread palestin n israel aku tunjukkan sokongan pd pakestin. Sekali tak sangka acik dawrum dah melompattt kat aku lol sbb sebelum2 tu aku dgn dia mmg baik. So bila dia aggressive kat aku mcm nak gaduh gitu aku mmg tak sangkalah d true colors. Ingatkan liberal, have an open mind sekali ya hampunn hanya krn not on d same page w her dlm hal israeil palestin siap nak gaduh dgn aku huh. Aku tahu je dia sokong israel selama tu tp oklah itu hak dia. Lepas tu kat thread lain pun start nak bergaduh dgn aku just psl aku sokong palestin. Lps tu malas nak diam lagi terus aku maki dia lol kohkohhh. Maybe aku nmpk liberal tapi suka hati akulah aku nak sokong palestin, melampau sgt nak tak puas hati psl tu je sampai thp tiba2 nak attack personal, phuiii kurang ajarr si karen terpaling usa tu lol kohkohkohhh silap2 jgn dia sendiri yg kena tahan dlm ICE raid lps tu kena deport lol terpalingg usa sgt konon phuii kohkohh sorry terlajak cerita lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050624 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list