CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10558|Reply: 150

[Tempatan] 'Saya berniaga hanya untuk sesuap nasi' - penjaja petai

[Copy link]
Post time 21-3-2025 11:28 PM | Show all posts |Read mode


PORT DICKSON: Kecewa tidak dibenarkan berniaga menggunakan motosikal di tempat letak kenderaan itu, seorang lelaki bertindak membuang kesemua petai yang dijualnya di atas jalan raya sebagai tanda protes terhadap penguat kuasa yang mahu mengambil tindakan terhadapnya.

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini membabitkan dua anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Dalam nada kecewa dan marah, penjaja itu mempertikaikan tindakan dua penguat kuasa MPPD yang melarangnya berniaga di lokasi itu.

"Saya bukan sekadar mencari barang dapur sahaja, tetapi saya nak cari sesuap nasi di negara sendiri pun susah," ungkapnya yang jelas kedengaran dalam rakaman video terbabit.

Penjaja itu turut meluahkan rasa kecewa dengan menyatakan bahawa dia tidak berniaga sepanjang masa di situ.

Dia juga mempersoalkan sama ada dia perlu melakukan jenayah jika tidak dibenarkan mencari rezeki dengan cara yang halal.

Dalam video lain yang turut tular, kelihatan orang ramai mengutip petai yang dibuang dan meletakkannya semula ke dalam bakul motosikal lelaki berkenaan.

Namun, dia sekali lagi bertindak membuangnya ke dalam longkang, menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan penguat kuasa.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi warganet, dengan majoriti meluahkan rasa simpati terhadap lelaki yang juga peniaga itu.

Ada juga netizen yang meminta MPPD menggunakan budi bicara kerana lelaki tersebut bukan berniaga dengan mendirikan khemah di tepi jalan, sebaliknya hanya menjual barangan menggunakan motosikal.

Sementara itu, media cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada pihak MPPD, namun setakat ini masih belum menerima sebarang kenyataan maklum balas.


Sumber: BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah jugak jadi penguatkuasa. Tak buat keje dikata tido membuta je.. nak buat keroje ada drama air mata pulak
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:48 PM | Show all posts
Sedih aku tengok kat Youtube. Mungkin dia salah takde lesen tapi dia duduk kat motor saja. Ramai yang bagi komen, tak larat nak baca.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kena rampas pun, cuma disuruh jangan menjaja kat situ jer.
Dah ada muto, jaja la rumah ke rumah. Tak pun singgah jer kat kedai² makan tu tanya nak petai fresh saya ada juai... tinggalkan no phone sekali.
Ada berbagai cara lain jika nak meniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 21-3-2025 11:55 PM

Abang suda salah la...ini nigara banglasia la.U worang mulayu tada boleh buat suka2...kita bangla tada hal...'kita punya gomen' ikut budi bicara..tolong 'kita lokal' cari rezeki saja la..u worang misti mau ikut law la...-Bangla
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah kena macam ni, main sentimen melayu tak tolong melayu pulak.
Takde kaitan dengan bangsa pun sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa petai pula dibaling. Org dah tolong kau baling lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2025 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 21-3-2025 11:55 PM
Bila dah kena macam ni, main sentimen melayu tak tolong melayu pulak.
Takde kaitan dengan bangsa pun ...

butul abang...kita mana ada kena macam ini..kita banyak ikut law(la sangat) tau.......-Bangla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mehmet replied at 21-3-2025 11:58 PM
Kenapa petai pula dibaling. Org dah tolong kau baling lagi.

protes..ini hari baling petai(jer)...lain kali/hari x mok undi ini gomen
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 21-3-2025 11:58 PM
butul abang...kita mana ada kena macam ini..kita banyak ikut law(la sangat) tau.......-Bangla

Oiitt... abang paki pun rajin menjaja rumah ke rumah naik muto walopun juai karpet.
Hari² kaa orang makan karpet? Ini petai taww... petai.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-3-2025 12:02 AM
Oiitt... abang paki pun rajin menjaja rumah ke rumah naik muto walopun juai karpet.
Hari² kaa ora ...

dulu jual karpet....sekarang sudah jual ice cream la abang...mau ka???
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Di simpang traffic light aman2 jual buah potong walaupun tiap bulan kena serbu pi lari ada lagi serbu lagi ada lagi kat pasar malam bangla jual ikan ikut pinggan kena serbu lari ada lagi serbu lari ada lagi taw
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 12:22 AM | Show all posts
Patutnya pakcik pun jgnlah baran sampai thp buang makanan. Ini dah level lain bagi aku. Mmg tak elok sgt, kena sabar dan dgr apa penguatkuasa cakap walaupun tak setuju. Sbb negara ada undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 12:24 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 21-3-2025 03:53 PM
Bukan kena rampas pun, cuma disuruh jangan menjaja kat situ jer.
Dah ada muto, jaja la rumah ke ruma ...

Kan, pegilah jual tmpt yg blh jual. Lagi satu suruh anak2 setup tt acc jual beg kuning apa dorg panggil, aku tak faham tiktok malaysia beg kuning tp tu lah salah satu option.  Tambah skrg ki dah hiral lagi org kesian nak beli. Sbb petai boleh pos.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Maka netijen2 sakai berbalik maki penguatkuasa lepas kes dbkl aritu
Pakcik tua ni pun xsedar diri
Buang2 da kenapa
Perangai beruk buang2 barang masa kena tindakan ni tak keturunan keling mesti indon jongos
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
P je la anto petai tu kat masjid... makcik2 bertadarus tu ramai je boleh borong petai...beria nau baling2 petai tu...lps tu dpt donate dr netizen yg prihatin...drama mcm ni x kan abis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun kesian gak, petai jah pun. Bukan niaga makanan yg dimasak ke apa. Lgpun petai ni selalunya niaga bila ada stok je. Lgpun atas motor je. Mmg salah pakcik tu la tp alaaa umur dia dah tua dah, bg la chance. Brp sgat la dia dpat dari jual petai tu. Anyhow iols tgok ramai jah indon2 meniaga…..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 01:36 AM | Show all posts
renko replied at 21-3-2025 04:39 PM
Maka netijen2 sakai berbalik maki penguatkuasa lepas kes dbkl aritu
Pakcik tua ni pun xsedar diri
Bu ...

Lol tp nampak melayu sgt muka, tp klu leluhur dr indo tak tahulah pulak. Act melayu ramaii je baran cepat naik syeikh, byk video2 viral org melayu gaduh ni takut kita tgk
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tabaik buang makanan.. walopon petai
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 03:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani dgn melayu je..elok la sesekali pkcik tu baran, kalo x asyik kena tindas je la mcm kes dj radio era
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-4-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.167168 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list