CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Serian tuan rumah HBN, Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:20 AM | Show all posts |Read mode


Caroline (duduk, tiga kanan) bersama warga kerja Pejabat Residen Serian dan yang lain merakam kenangan semasa Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Sambutan HBN di Serian.

KUCHING: Serian dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Belia Negara (HBN) dan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun ini
Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph berkata, acara sambutan itu akan berlangsung pada 16 hingga 17 Mei ini di Pusat Konvensyen Serian.

Menurutnya, program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini akan dirasmikan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Untuk makluman, pelbagai pihak kini giat membuat persiapan rapi susulan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Sambutan HBN yang diadakan baru-baru ini,” katanya memetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Tahun ini menandakan edisi ke-61 sambutan HBN yang bertemakan ‘Yakin Boleh’, selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berkeyakinan tinggi serta mampu menghadapi cabaran masa depan.

Sebanyak 13 ‘Port’ utama bakal menjadi tarikan dengan aktiviti yang disesuaikan dengan minat dan keperluan belia masa kini, antaranya Port Makan-Makan, Port Gaya & Trend, Port Healing, Port Gaming (E-Sukan), Port Jana Duit dan Port FYP.

Pavilion khas turut disediakan untuk Rakan Muda dan pertubuhan bukan kerajaan serta Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS)
Sehubungan itu, golongan belia serta seluruh masyarakat dijemput hadir untuk memeriahkan program sambil merebut peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang dua hari tersebut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list