CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43|Reply: 0

[Pulau Pinang] Penerbangan terus Pulau Pinang-Chengdu perkukuh hubungan ekonomi, pertukaran budaya

[Copy link]
Post time 1-5-2025 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Penerbangan terus Pulau Pinang-Chengdu perkukuh hubungan ekonomi, pertukaran budaya

Oleh BERNAMA - Mei 1, 2025 @ 3:15pm





Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai.



GEORGE TOWN: Pulau Pinang menyambut baik penerbangan terus Sichuan Airlines yang pertama dari Chengdu, menandakan satu langkah penting ke depan dalam mengukuhkan kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya antara Malaysia dan China.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai menyifatkan pelancaran itu sebagai satu kejayaan besar yang meningkatkan kesalinghubungan serantau dan membuka peluang baharu untuk pelancongan, perdagangan dan kerjasama dua hala.

"Permulaan laluan terus Chengdu-Pulau Pinang bukan sahaja menambah hubungan udara baharu yang penting antara bandar raya kita, tetapi juga mengukuhkan hubungan Pulau Pinang dengan bandar-bandar utama di seluruh China," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penerbangan sulung dengan nombor penerbangan 3U3911 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Tianfu pada 7.40 malam waktu tempatan pada 30 April dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 12.05 pagi waktu tempatan hari ini.

Ia akan beroperasi lima kali seminggu pada hari Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Hon Wai berkata perbincangan mengenai pelancaran penerbangan itu berlaku semasa lawatan delegasinya ke ibu pejabat Sichuan Airlines di Chengdu pada pertengahan April tahun ini.

Beliau berkata semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak terbabit dalam perbincangan mengenai pelancaran laluan terus Chengdu-Pulau Pinang dan juga meneroka strategi promosi kolaboratif untuk menguatkan impak perkhidmatan baharu itu dan memaksimumkan potensi pelancongannya untuk Pulau Pinang dan Chengdu.

"Terdapat konsensus kukuh untuk bersama-sama mempromosikan laluan ini, memastikan manfaat bersama dan memupuk perkongsian menang-menang," katanya.

Menonjolkan potensi pertumbuhan, Hon Wai menyatakan bahawa prospek untuk laluan Chengdu-Pulau Pinang adalah sangat cerah.

Beliau berkata mengikut statistik diterbitkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Chengdu, penduduk bandar itu telah mencecah 21.47 juta pada akhir 2024 manakala data daripada Kerajaan Wilayah Sichuan menunjukkan bahawa penduduk wilayah itu berjumlah 83.64 juta.

Oleh itu, pengenalan laluan penerbangan baharu itu dijangka meningkatkan lalu lintas dua hala dengan ketara dan memupuk kerjasama lebih erat dalam pelancongan, budaya dan pembangunan ekonomi, menyumbang kepada sektor pelancongan Pulau Pinang.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1391063/penerbangan-terus-pulau-pinang-chengdu-perkukuh-hubungan-ekonomi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.037894 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list