View: 557|Reply: 5
|
Mia Sara Dedah Afdlin Shauki Pernah Larang Ceburi Dunia Seni – ‘Nak Hidup Gembira & Stabil Jangan Jadi Pelakon’
[Copy link]
|
|
Pelakon meningkat naik, Mia Sara Shauki mendedahkan bapanya yang juga pengarah dan aktor, Datuk Afdlin Shauki pernah melarang dirinya menceburi industri seni.
Menurut Mia, hal ini berkemungkinan kerana bapanya tidak mahu dia melalui pengalaman yang sama di mana dunia seni penuh cabaran dan liku.
Bapa saya sebenarnya tak nak saya menjadi seorang pelakon. Saya rasa disebabkan daripada pengalaman dia sendiri.
Saya tahu dia cakap sebegitu sebab dia sudah lama berada dalam industri.
Dia sudah lihat banyak perkara dan dia cakap kalau nak hidup gembira, kehidupan stabil, jangan jadi pelakon.
Mia berkongsi perkara itu menerusi video temu bual di TikTok Just Humans (Humans of KL).
Pada temu bual sama, aktres berusia 25 tahun itu turut mengakui dia kini lebih seronok bekerja dalam dunia teater berbanding stesen TV mahupun filem.
Banyak benda positif dan juga banyak negatif. Bagi saya, mungkin bekerja dalam dunia teater lebih seronok.
Saya rasa lebih banyak pengalaman menyeronokkan berbanding dengan TV dan filem.
Sumber: TikTok
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tekezut SG… ingat kan mia sara yg lagi satu tu… tegezut sbb lain nau rupa |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon la dik .akak pompom kat blkg sbb ko mmg berbakat, pndai main watak |
|
|
|
|
|
|
|
Bapak tak bagi pon tetap dapat access mudah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia mcm ex gf naimah daniel pula..ala sapa nama lupa |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tengok dia ni berlakon.. Cite apa ntah tapi memang best dia berlakon.. Duk² kaji siapa dia ni sebab tertarik dengan lakonan pastu blh tahan lawa tapi x pernah tengok pun.. Laa anak Afdlin rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|