CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

[Sarawak] Tempat letak kereta bertingkat di Pasar Sentral Sibu disepadukan sepenuhnya dengan SMC Cares

[Copy link]
Post time 25-4-2025 03:57 PM | Show all posts |Read mode


Aplikasi SMC Cares menawarkan pengalaman parkir yang lebih pantas dan selesa kepada pengguna.

SIBU: Tempat letak kereta bertingkat di Pasar Sentral Sibu kini disepadukan sepenuhnya dengan aplikasi SMC Cares bagi menawarkan pengalaman parkir yang lebih pantas dan selesa kepada pengguna.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Roseley berkata, inisiatif ini dapat mengurangkan kesesakan serta kekeliruan yang sering berlaku di kawasan parkir tersebut.

“Tiada lagi beratur panjang di kaunter, dan tiada lagi mencari kod QR, hanya pembayaran lancar tanpa tunai terus dari telefon anda,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook rasminya.

Beliau turut menggesa orang ramai agar mengemas kini aplikasi SMC Cares mereka melalui Apple App Store atau Google Play Store bagi menikmati kemudahan tersebut sepenuhnya.

Tempat letak kereta bertingkat yang terletak berhampiran Jalan Khoo Peng Loong itu merupakan lokasi pertama di Sibu melaksanakan sistem pembayaran parkir tanpa tunai sejak Oktober tahun lalu.

Ia digunakan oleh pengunjung Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pasar Sentral Sibu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2025 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.116105 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list