CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sarawak] Penghuni Sekolah Tunas Bakti Kuching diingatkan mengutamakan pendidikan

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:56 AM | Show all posts |Read mode


Sewawi menyampaikan hadiah kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti Kuching yang memenangi pertandingan berpakaian terbaik. Turut kelihatan Zasran (dua kanan) serta yang lain.

KUCHING: Penghuni Sekolah Tunas Bakti Kuching diingatkan agar mengutamakan pendidikan bagi membina masa depan yang lebih baik.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Semawi Mohamad berkata membudayakan amalan membaca penting  bagi memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna untuk pembangunan dan kemajuan diri.

“Membaca membuka pintu kepada ilmu dan pemahaman. Melalui pembacaan, anda dapat melengkapi diri dengan ilmu yang mampu mengubah kehidupan  ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada para penghuni khususnya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Sewawi mengakui kakitangan sekolah berkenaan berhadapan pelbagai cabaran dalam membentuk dan membimbing para penghuni.

Namun begitu, beliau menekankan cabaran tersebut tidak seharusnya mematahkan semangat mereka.

“Jika staf Sekolah Tunas Bakti berdepan dengan kesukaran dan kekecewaan, jangan mudah putus asa.

“Sebaliknya  perlu berusaha lebih gigih dan terus tabah membantu para penghuni menambah baik diri dan masa depan mereka,” ujarnya.

Terdahulu,  Pengerusi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Kuching Zasran Abdullah menjelaskan majlis itu diadakan bertujuan membantu para penghuni memahami dan menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di Sarawak.

“Melalui sambutan ini, kita berharap para penghuni dapat menyemai rasa hormat dan penghargaan terhadap pelbagai kaum, agama dan tradisi yang membentuk negeri kita,” katanya.

Zasran turut menggesa para penghuni supaya lebih proaktif menyertai program dianjurkan, yang disifatkannya sebagai platform penting untuk membentuk disiplin, kepimpinan dan rasa tanggungjawab sivik.

Majlis tersebut menyaksikan para kakitangan, tetamu dan penghuni berkumpul dalam suasana sambutan Hari Raya yang harmoni, berkongsi juadah, persembahan kebudayaan dan menjalin hubungan yang lebih erat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.055601 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list