CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65|Reply: 0

[Sabah] Motosikal terbakar dalam kemalangan, remaja OKU maut

[Copy link]
Post time 21-4-2025 10:00 PM | Show all posts |Read mode


BEAUFORT: Seorang remaja lelaki dipercayai orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal mangsa terbakar dalam kemalangan di Jalan Nukahan dekat sini semalam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.26 malam.


Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal yang terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta.


"Penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran motosikal menggunakan satu aliran 'hose reel' sumber air jentera bomba," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, mangsa yang berumur 16 tahun itu adalah seorang OKU.


Pihaknya menamatkan operasi pada jam 8.32 malam selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian. - UTUSAN BORNEO



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.039910 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list