CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jemaah di Kepala Batas adakan solat jenazah ghaib buat Pak Lah

[Copy link]
Post time 16-4-2025 12:11 AM | Show all posts |Read mode
Jemaah di Kepala Batas adakan solat jenazah ghaib buat Pak Lah

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 15, 2025 @ 4:48pm bhnews@bh.com.my






Lebih 50 jemaah penduduk Kepala Batas menunaikan solat jenazah ghaib buat Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Al Jamiul Badawi, Kepala Batas. - NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD



KEPALA BATAS: Lebih 50 jemaah penduduk Kepala Batas di Masjid Al Jamiul Badawi di sini, hari ini menunaikan solat jenazah ghaib untuk Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia, semalam.

Solat diimamkan Imam Kanan, Dr Hambali Zulkifli, itu turut menitipkan doa atas pemergian negarawan yang juga Perdana Menteri kelima negara.

"Alhamdulillah, walaupun jenazah Pak Lah berada di Masjid Negara, kami yang tidak berkesempatan ke sana tetap mengingati beliau dan mengadakan solat jenazah ghaib.

"Semoga Allah mengurniakan ganjaran syurga buat beliau yang banyak menyumbang jasa untuk negara termasuk warga Kepala Batas," katanya.

Abdullah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas selama lapan penggal berturut-turut sejak 1978 hingga 2013.

Sepanjang berkhidmat, Allahyarham banyak mengubah wajah Kepala Batas dari 'pekan koboi' menjadi bandar baharu pesat membangun, selain mengekalkan kampung tradisional.

Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada jam 7.10 malam tadi.

Jenazah negarawan itu dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara, selepas solat Zuhur hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2025/04/1384867/jemaah-di-kepala-batas-adakan-solat-jenazah-ghaib-buat-pak-lah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.071611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list