CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 120|Reply: 0

[Sarawak] Tradisi mengunjungi rumah terbuka perayaan kekuatan rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 12-4-2025 12:11 PM | Show all posts |Read mode


(Duduk dari dua kiri) Tey, Chua dan ahli-ahli JKK kampung Cina ketika mengunjungi rumah terbuka pengamal media di Limbang.

LIMBANG: Tradisi mengunjungi rumah terbuka semasa perayaan yang menjadi kekuatan rakyat Sarawak terus menjadi amalan masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Cina Chua May Ling berkata, budaya kunjung mengunjungi ke rumah rakan-rakan beragama Islam menjadi kewajiban setiap tahun.

“Setiap tahun kita tidak lupa untuk mengunjungi rakan-rakan beragama Islam, Syawal ini kita mengunjungi hampir 20 buah rumah  rakan-rakan yang meraikan Syawal yang mengadakan rumah terbuka,” katanya kepada media sewaktu mengunjungi kediaman pengamal media di Limbang, baru-baru ini.

Turut serta ialah Timbalan Pengerusi JKK Kampung Cina Tey Kim Hua.

Jelas Chua, kepelbagaian bangsa dan agama menjadikan Sarawak amat unik di mana masyarakat dapat merai dan merasakan kehangatan sambutan setiap perayaan.

Katanya bukan saja Syawal, budaya sama diteruskan  pada setiap perayaan sama ada Tahun Baharu Cina, Hari Gawai atau Krismas, masyarakat Sarawak mengamalkan amalan ini untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama.

Mengulas lanjut katanya, budaya kunjung-mengunjungi juga satu landasan terbaik untuk merapatkan hubungan melalui majlis rumah terbuka, sekali gus memastikan keharmonian dan kerjasama di semua peringkat diteruskan.

“Amalan ziarah-menziarahi juga mampu mengeratkan hubungan persaudaraan dan ukhuwah selain mendekatkan mereka jauh termasuk menziarahi guru-guru, jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya,” ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046608 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list