CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 90|Reply: 0

[Sarawak] SKF lancar program inovatif KAU untuk tingkatkan kesedaran komuniti

[Copy link]
Post time 11-4-2025 08:54 AM | Show all posts |Read mode


SIBU: Yayasan Buah Pinggang Sibu (SKF) akan melancarkan satu lagi program inovatif kepada komuniti setempat bagi meningkatkan kesedaran mengenai kempen gaya hidup sihat mereka.

Dalam satu siaran media hari ini SKF berkata, Unit Kesedaran Buah Pinggang (KAU) yang ditubuhkan sejak Oktober 2015 bertujuan untuk mencegah penyakit kronik melalui saringan kesihatan serta mendidik orang awam mengenai penyakit buah pinggang dan gaya hidup sihat.

“Sepanjang tahun-tahun ini, kami telah mengadakan ceramah kesihatan dan saringan kesihatan di sekolah-sekolah, gereja, kawasan pedalaman, persatuan dan lain-lain tempat.

“Matlamat kami adalah untuk mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan diri, khususnya dalam menjaga kesihatan buah pinggang mereka,” kata Pengerusi SKF Temenggung Dato Vincent Lau.

Beliau menekankan rutin dialisis buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu dan setiap sesi selama empat jam bukan sahaja memakan kos yang tinggi, malah amat meletihkan dari segi fizikal.

Selain itu, ia turut menyebabkan gangguan besar kepada kehidupan harian dan menimbulkan pelbagai kesulitan, yang sering kali tidak dihargai oleh individu ketika mereka masih sihat, tambah beliau.

Sehubungan itu, Lau menyatakan jururawat akan menyediakan khidmat nasihat kesihatan kepada mana-mana ahli masyarakat yang datang ke SKF untuk mendapatkan panduan berkenaan perkara tersebut.

"Namun begitu, orang ramai diingatkan untuk datang pada waktu ‘nasihat percuma’ yang disediakan, iaitu jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi dan jam 2.30 petang hingga 3.30 petang pada setiap hari bekerja,” jelasnya.

Orang awam yang berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi SKF di talian 084-343500 untuk menetapkan temu janji dengan kakitangan perubatan sebelum hadir.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.052683 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list