CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72|Reply: 0

[Sarawak] SUPP Bawang Assan buka kaunter bergerak bantu warga emas

[Copy link]
Post time 11-4-2025 08:52 AM | Show all posts |Read mode


SUPP Cawangan Bawang Assan akan membuka kaunter bagi membantu warga emas memohon KGC dan SCHB di Sibu pada Sabtu ini.

SIBU: Demi memastikan tiada warga emas tercicir daripada menerima manfaat kebajikan yang disediakan oleh kerajaan negeri, Pasukan Perkhidmatan Bergerak Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, akan membuka kaunter khas berkenaan perkara tersebut pada Sabtu ini.

Sesi perkhidmatan bergerak itu akan berlangsung dari jam 8.30 hingga 10 pagi di Kopitiam Soon Huat, Jalan Tukang Besi di sini, khusus untuk membantu warga emas yang masih belum memohon Kenyalang Gold Card (KGC) dan Faedah Kesihatan Warga Emas (SCHB).

Menurut kenyataan pihak penganjur, warga emas yang layak diseru hadir ke lokasi bersama kad pengenalan asal dan salinan mereka bagi dokumen yang diperlukan bagi permohonan KGC.

"Ramai warga emas masih tidak tahu bahawa mereka layak memohon dua bantuan ini. Kami mahu pastikan tiada seorang pun ketinggalan,” katanya di sini, hari ini.

Ahli pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan yang hadir juga akan membantu pemohon mengisi borang secara terus di lokasi bagi memudahkan urusan, terutama kepada mereka yang kurang mahir dengan proses permohonan rasmi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen SUPP untuk terus mendekati rakyat di peringkat akar umbi, khususnya golongan warga emas yang sering kali terlepas pandang dalam akses kepada kemudahan kebajikan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065334 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list