CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 89|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas rentung dalam kebakaran 18 rumah setinggan di Bintulu

[Copy link]
Post time 7-4-2025 05:08 PM | Show all posts |Read mode




Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan 18 unit rumah setinggan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong Bintulu, hari ini. - Gambar JBPM

BINTULU: Seorang warga emas wanita rentung dalam kebakaran yang melibatkan 18 unit rumah setinggan di Sungai Plan, Jalan Tanjung Kidurong di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mangsa yang disahkan maut dikenali sebagai Nuie Ipang dan berumur 77 tahun.

"Sejurus kebakaran berjaya dikawal sekitar jam 12.03 tengah hari, pemeriksaan dijalankan pasukan bomba menjumpai mayat seorang mangsa yang rentung ekoran daripada kebakaran yang berlaku.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan 92 orang mangsa, termasuk mangsa yang meninggal dunia.

Jelasnya, ia terdiri daripada 67 orang dewasa dan 25 orang kanak-kanak.

Terdahulu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan sekitar jam 11.06 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta memadam kebakaran.

"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan keseluruhan struktur rumah jenis tidak kekal yang dibina berhampiran antara satu sama lain itu," jelasnya.

Setelah hampir satu jam memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 12.03 tengah hari.

“Selepas memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” katanya sambil menambah, operasi ditamatkan pada pukul 3.50 petang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.047616 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list