Edited by Vellfire at 19-3-2025 03:17 PM

Ahmad Dzaffir (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah pada sidang media pembongkaran makmal haram pemprosesan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM40 juta. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Polis membongkar kegiatan makmal haram pemprosesan dadah di daerah ini, Khamis lalu, dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai hampir RM40 juta.
Difahamkan, serbuan membabitkan rampasan 63 pelbagai mesin ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan dalam tempoh lima tahun di Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, turut diperiksa tiga rumah inap desa yang disewa dan dijadikan stor simpanan dadah oleh sindiket.
"Pada jam 6.15 petang, Khamis lalu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik menjalankan empat serbuan di Seremban membabitkan sebuah kilang dan tiga rumah.
|