CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17401|Reply: 0

[Johor] Bekalan minyak masak di Johor mencukupi menjelang Aidilfitri

[Copy link]
Post time 13-3-2025 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 13-3-2025 02:38 PM


LILIS Saslinda Pornomo menghadiri Program BRR yang berlangsung di Bazar Ramadan Taman Dahlia Johor Bahru pada hari ini. FOTO Muhammad Najmi Nor’azam

Johor Bahru: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan minyak masak di negeri ini adalah mencukupi menjelang perayaan Aidilfitri ini.

Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan proaktif sudah diambil sejurus aduan diterima yang mendakwa bekalan berkenaan kurang di pasaran.

Menurutnya, pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan minyak masak mencukupi walaupun selepas musim perayaan.

"Setakat ini, menjelang Aidilfitri, kita harap dan jamin akan memastikan keberadaan minyak masak ini mencukupi.

"Pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa dan penguatkuasaan juga sentiasa bersiap siaga dengan disokong gerak kerja oleh Pegawai Pemantau Harga.

"Bukan sahaja tujuan perayaan, kita akan pastikan bekalan ini akan ada selepas itu, jadi jika tahu mana-mana kawasan yang mengalami masalah bekalan, segera adukan pada kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dan MySaveFood 2025 di Bazar Ramadan Taman Dahlia, di sini, semalam.

Lilis Saslinda berkata, berikutan isu bekalan minyak masak mentah itu, KPDN mengenal pasti punca berlaku kekurangan kerana harga minyak sawit mentah dunia yang meningkat.

Oleh demikian, katanya, pengeluar tidak dapat menampung kos operasi yang turut meningkat.

"Menteri sudah berbincang dan membentangkan kepada Perdana Menteri untuk memberikan insentif khas kepada semua pengeluar bagi menampung kos yang meningkat dalam masa tiga bulan ini," katanya.

Sementara itu, Lilis Saslinda berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan bazar Ramadan setakat dua minggu ini khususnya mengenai harga mahal dan sebagainya.


Disiarkan pada: Mac 13, 2025  





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.110382 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list