CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11566|Reply: 0

Kanak-kanak perempuan 11 tahun maut ditikam di Belanda

[Copy link]
Post time 2-2-2025 09:20 AM | Show all posts |Read mode


THE HAGUE: Polis pada Sabtu memaklumkan bahawa mereka menahan seorang lelaki yang disyaki menikam hingga mati seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di bandar Nieuwegein, Belanda.

Kanak-kanak perempuan itu diserang di jalanan pada jam 3 petang waktu tempatan (1400 GMT) dan pasukan perubatan gagal menyelamatkan nyawanya, menurut kenyataan polis.



"Di lokasi berhampiran, polia menahan seorang suspek lelaki berusia 29 tahun berdasarkan maklumat daripada saksi dan orang ramai," kata kenyataan polis wilayah Utrecht.

Pihak berkuasa tidak memberikan sebarang petunjuk berhubung motif serangan tersebut.

Agensi berita ANP melaporkan bahawa polis mengesahkan suspek berasal dari Syria.

Agensi itu turut memetik kenyataan polis yang menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat laporan bahawa suspek berkelakuan 'keliru' pada minggu sebelum serangan berlaku. - AFP




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:21 AM GMT+8 , Processed in 0.042069 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list