CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19|Reply: 0

[Kedah] Manfaat AI untuk perkhidmatan awam lebih berkesan

[Copy link]
Post time 20-5-2025 01:41 AM | Show all posts |Read mode
Manfaat AI untuk perkhidmatan awam lebih berkesan

Noorazura Abdul Rahmanam@hmetro.com.my






Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz ketika berucap. pada 4th (ICOGPA) di UUM di sini, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman




Sintok: Penjawat awam perlu memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan agar lebih cekap, pantas dan berkesan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, penggunaan AI bukan lagi pilihan, tetapi menjadi keperluan dalam usaha merealisasikan reformasi sektor awam dan menjayakan agenda Malaysia Madani berteraskan nilai, kemanusiaan dan kesejahteraan rakyat.

"AI boleh mempercepatkan perkongsian data antara agensi, mempertajam analisis keperluan rakyat serta memperibadikan penyampaian perkhidmatan.

"Inilah pemangkin kepada transformasi sektor awam yang lebih dinamik dan berorientasikan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa ke-4 mengenai Kerajaan dan Hal Ehwal Awam (ICOGPA) dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Antara UUM dan Institut Intergriti Malaysia (IIM) di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, hari ini.

Turut hadir, Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohd Foad Sakdan.

Wan Ahmad Dahlan berkata, dalam era masyarakat semakin celik kepada bidang teknologi maklumat, ia menuntut kerajaan supaya lebih bertanggungjawab dan berintegriti.

"Maka dalam kita mendakap AI, kita harus bersedia untuk beradaptasi dan memperbaharui pendekatan kita tanpa mengorbankan asas nilai yang telah dipegang selama ini," katanya.

Katanya, Malaysia Madani hanya dapat dicapai dengan asas moral kukuh, mekanisme reformasi jelas serta teknologi pemangkin seperti AI yang bijaksana dan bertanggungjawab.



Disiarkan pada: Mei 19, 2025 @ 4:27pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/05/1220216/manfaat-ai-untuk-perkhidmatan-awam-lebih-berkesan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048333 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list