View: 1256|Reply: 16
|
Tujuh tahun tahan sabar, wanita dedah suami tak mahu tidur sebilik lepas dapat anak sulung - “Hati saya jadi kosong, sedih”
[Copy link]
|
|
ADAT berumah tangga bukan setiap masa indah, ada masanya pahit disulami manis.
Namun, jika sepanjang perkahwinan hanya merasa sengsara pastinya kebahagian yang diimpi itu akan musnah.
Begitu nasib dialami seorang suri rumah yang mengakui memendam perasaan sedih terhadap suami selepas melahirkan anak pertama.
"Hampir tujuh tahun selepas lahir anak sulung suami tidak tidur bersama sebilik dengan saya atas alasan yang tak masuk akal.
"Walaupun sudah disuarakan untuk tidur bersama suami acuh tak acuh sahaja. Dia lebih selesa tidur di ruang tamu atau bilik lain.
"Boleh kira hanya beberapa kali sahaja tidur bersama," luahnya di media sosial.
Jelas wanita itu, walaupun suaminya bersikap demikian dia percaya lelaki berkenaan masih setia dan bertanggungjawab.
"Segala perbelanjaan dia tanggung. Nafkah zahir batin ditunaikan.
"Cuma saya bagai dilatih bersendirian, tidur tanpa dia. Saya tiada niat berpisah cuma perasaan jadi kosong, sedih dan tawar hati," katanya.
Mengakhiri luahannya, si isteri mengakui lelaki itu tidak boleh dibawa berbincang dan dia akan dipersalahkan kerana tidak bersyukur.
Di ruangan komen, seorang wanita membalas perkongsian suri rumah itu dengan mendakwa lelaki tidak tidur sekatil dengan isteri adalah perkara biasa.
Berkongsi pengalaman rakannya, wanita itu mendakwa temannya sudah berpuluh tahun tidak tidur bersama suaminya.
Selalu lelaki macam ni sebab dia gay... cuba-cuba intip dia keluar pergi mana. - NETIZEN
"Memang ada lelaki begitu. Ada yang tak suka diganggu tidurnya sebab anaknya merengek malam.
"Kenalan saya, suaminya tidur di bilik tamu sudah berpuluh tahun. Sebabnya tak suka diganggu kerana isteri bangun awal untuk solat tahajjud," katanya.
Tambahnya, mereka hanya akan tidur bersama jika lelaki itu ingin 'bersama' dengan isteri.
"Dia reda nafkah zahir dan batin diberi. Lagi pun dia kata dapat tidur nyenyak sebab tak dengar dengkuran kuat suami," katanya.
Tidak kurang juga netizen yang mendakwa suami wanita itu songsang dengan meminati lelaki.
"Selalu lelaki macam ni sebab dia gay. Cuba-cuba intip dia keluar pergi mana.
"Banyak dah zaman sekarang macam tu. Tak normal tu, lepas beranak tujuh tahun jarang tidur sekali," kata seorang lelaki.
Sumber : Mstar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je pasangan yang tak tidur bersama sebab lebih selesa dapat tidur nyenyak tanpa diganggu. Orang2 kaya bangsawan Eropah memang ada bilik sendiri2 walaupun laki bini. Royalty Malaysia pun ramai macam tu. Sebab orang kaya biasa rumah besar ada banyak bilik boleh pilih nak bilik masing2 sorang satu bilik. Anak2 ramai pun masih banyak bilik. Lebih elok untuk kesihatan juga katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 14-5-2025 01:27 AM
Berdengkur serupa bunyi siren, sekor nak ekon sekor x boleh ekon, kentut2 bersepah2 dlm rumah, rambut gigi badan ketiak berbau, bini gemuk katil kongker katil ka, ruang tamu ada tv tonton sampai tidur, sekor x boleh bau asap rokok asap ubat nyamuk |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat sgt kau nya masalah ni mat. partner kau gemuk mcm lori ye? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tidur sekatil ja lah tapi seks berjalan seperti biasa? Kalau tidur sekatil tapi no sex mana ko nak?
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 replied at 13-5-2025 02:47 PM
dahsyat sgt kau nya masalah ni mat. partner kau gemuk mcm lori ye?
 |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy: Edited by ninja boy at 14-5-2025 01:27 AM Berdengkur serupa bunyi siren, sekor nak ekon sekor x boleh ekon, kentut2 bersepah2 dlm rumah, rambut gig ...
Yaaaa ampornn.. meolss tertawa yaaa... ekekekekekekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
ade je suami isteri x tido sekali hahhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Gayah ni. Mana tahan lelaki biasa |
|
|
|
|
|
|
|
kannn kronik sgt nampak. harap ninja bertabah arrr. itu lah sapa suruh kawin awal 
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahhaha tergelak aku baca ...dh tau partner gemok beli lah kan maajun kurus badan ..hantar lah bini tu ke London weight management.. ni dkt bini langsung xnk modal keluar sket walau pun losyen pepek |
|
|
|
|
|
|
|
seri_mawr replied at 15-5-2025 02:52 PM
hahahhaa....
kelakar wei....u punya komen...hahhaa...
Bukan la, ai buat2 cerita ja, bukan kisah benar |
|
|
|
|
|
|
|
hahhaha.....
klu ini kisah benar...mmg kronik masalahnya ni..
hahhaha....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat jepon married couple punya bilik biasanya twin bed. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaaaaa.. adoi... Kritikal jugak masalah org kawen ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|