CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 94|Reply: 0

[Sarawak] Pemergian Morsili disifatkan kehilangan besar kepada PBB Cawangan Meradong

[Copy link]
Post time 7-5-2025 10:22 AM | Show all posts |Read mode


Abdullah (kiri) mengadakan perbincangan bersama yang lain tentang cadangan pemberian insentif kepada pelajar cemerlang SPM 2024 selepas menziarahi keluarga Allahyarham Morsili semalam.

KUCHING: Pemergian bekas Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Meradong Morsili Bakar disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada parti, khususnya di peringkat cawangan Meradong.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, jasa dan sumbangan Allahyarham sepanjang penglibatannya dalam parti telah banyak membantu mengukuhkan kedudukan PBB di kawasan tersebut.

“Pemergian Allahyarham benar-benar menyentuh hati saya kerana beliau begitu lama bersama-sama PBB Cawangan Meradong.

"Ia merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada parti, malah kepada seluruh warga Meradong yang mengenali Allahyarham,” ujarnya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop.

Abdullah berkata demikian menurut kenyataan UKAS ketika ditemui semasa mengunjungi keluarga Allahyarham di kediaman Rumah Helmi, Taman Bintang, Bintangor semalam.

Allahyarham Morsili yang meninggal dunia pada 4 Mei 2025, ketika berusia 79 tahun dikenang sebagai seorang pemimpin berdedikasi yang banyak menyumbang kepada pembangunan parti dan komuniti setempat.

Lawatan takziah tersebut turut dihadiri Timbalan Pengerusi SABERKAS Cawangan Meradong yang juga anak kepada Allahyarham Helmi Morsili, Pemanca Rapen Anga serta Penghulu Hashim Abang Solhi.

Pada lawatan itu juga, Abdullah turut menyatakan rasa simpati dan keprihatinan kepada keluarga Allahyarham yang sedang menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.

Selain menyampaikan ucapan takziah, beliau turut mengadakan perbincangan bersama Pemanca Rapen dan Penghulu Hashim mengenai cadangan pemberian insentif kepada pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan 5A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024.

Mengakhiri kunjungan, Abdullah menyeru agar keluarga Allahyarham terus berdoa, tabah dan sabar dalam menghadapi kehilangan yang turut dirasai oleh seluruh warga PBB Meradong.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.060178 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list