CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28|Reply: 0

[Sabah] Jambatan baharu Kg. Batu 90 beri manfaat besar

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:21 AM | Show all posts |Read mode


DIBANGUNKAN: Kerja penyelenggaraan jambatan Batu 90 sedang giat dijalankan.

TENOM: Pembinaan semula jambatan Kampung Batu 90 di sini memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya.

Seorang penduduk, Munis Ismail berkata, kemudahan itu yang menghubungkan jalan besar Tenom-Keningau runtuh akibat hakisan banjir dari sungai Undusan pada Januari dan Februari lalu.

Beliau yang juga Ahli Jawatan Kuasa Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap berharap, pembinaan semula kemudahan itu dapat dilakukan oleh pihak kontraktor yang dilantik dan mengikut syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan demi keselamatan pengguna kemudahan itu.

Pihaknya bimbang kemudahan yang sudah lama itu dilihat usang sekiranya digunakan semula.

Katanya, jambatan baharu itu nanti perlu kukuh kerana ia turut menjadi laluan-laluan lori besar yang mengangkut batu, pasir dari kuari berhampiran dengan kampung berkenaan.

"Sebelum runtuh, jambatan itu sering rosak akibat dilalui lori-lori berat," katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/27/jambatan-baharu-kg-batu-90-beri-manfaat-besar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.035305 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list