CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 79|Reply: 0

[Sabah] 9,000 liter petrol disyaki cuba diseleweng dirampas

[Copy link]
Post time 22-4-2025 01:44 PM | Show all posts |Read mode


LOKASI: Semua minyak petrol bersubsidi yang dirampas diserahkan kepada KPDN.

LAHAD DATU: Sebanyak 9,000 liter minyak petrol bersubsidi dirampas selepas dipercayai cuba diseleweng dalam serbuan di sebuah premis di Jalan POIC, di sini, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti kegiatan berkenaan di sekitar daerah Lahad Datu.

Katanya, hasil serbuan yang dijalankan, pasukan operasi berjaya mengesan dan menahan seramai 17 unit drum plastik berwarna biru pelbagai saiz.

“Pasukan serbuan turut berjaya merampas lima unit tangki IBC L dan dua tangki Fibre berisi minyak petrol bersubsidi.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM50,700 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Nazri berkata, seorang lelaki tempatan turut ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Sehubungan itu, Mohd Nazri memohon kerjasama orang ramai untum menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan penyeludupan barangan subsidi kerajaan.

“PPM mengalu-alukan maklumat daripada orang awam dalam usaha membanteras kegiatan ini daripada terus berleluasa,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.045563 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list