CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu maut pikap terlibat dalam kemalangan kendiri

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:44 AM | Show all posts |Read mode




Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

JULAU: Seorang pemandu pikap maut di lokasi kejadian setelah kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Batu 11 Jalan KJD Julau hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan ini pada jam 3.20 petang.

"Sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah dikerahkan ke lokasi kemalangan yang terletak 59 kilometer dari balai.

"Ketika sampai di lokasi tersebut, pasukan bomba mendapati dua orang berada di dalam kenderaan tersebut.

"Pemandu kenderaan tersebut masih tersepit dan dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala penumpang hadapan iaitu seorang lelaki  mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Julau untuk mendapatkan rawatan," katanya kepada media semalam.

Tambahnya, mangsa yang tersepit telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak KKM.

"Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ricky Walter dan berusia 30 tahun.

"Pihak bomba telah menggunakan bantuan lori kren untuk mengangkat kenderaan yang terbalik untuk membuka ruang kerja bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057965 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list