CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74|Reply: 0

[Sarawak] KPWKM bantu semai semangat patriotisme

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:40 AM | Show all posts |Read mode
KPWKM menyatakan kesediaan untuk membantu meningkatkan pemahaman masyarakat tentang semangat kenegaraan



Nancy menunjukkan lencana Jalur Gemilang yang telah dipakaikan kepada salah seorang pelajar perempuan SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab Matang hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad
​​​​​​​
KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyatakan kesediaan untuk membantu meningkatkan pemahaman masyarakat tentang semangat kenegaraan.

Justeru Menterinya Dato Sri Nancy Shukri berkata sebagai permulaan telah diperkenalkan pemakaian lencana Jalur Gemilang untuk para pelajar di sekolah-sekolah milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara hari ini.

“Meskipun ia bukan tanggungjawab KPWKM, pihak kami mengambil pendekatan ini sebagai usaha bersama membantu meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap isu kenegaraan (Jalur Gemilang, lagu Negaraku dan Rukun Negara).

“Pendekatan ini akan diselitkan dalam program anjuran KPWKM dengan menyasarkan golongan ibu bapa terutama sekali mereka yang baru sahaja berkeluarga.

"Perkara ini penting, kerana ia menunjukkan identiti kita, identiti kebangsaan, identiti sebagai seorang rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Simbolik Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada seragam pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab Matang hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, kesedaran terhadap pentingnya mengetahui lambang serta identiti negara sepatutnya sudah menjadi nadi kepada setiap jiwa rakyat Malaysia.

Namun, sikap sambil lewa menyebabkan ramai yang terlupa sehingga sikap sama diikuti anak-anak mereka.

"Kita juga akan menggalakkan mereka (ibu dan bapa) untuk sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai pentingnya memahami identiti negara serta menghormatinya," tambah beliau.

Hadir bersama beliau adalah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Omar Mahli.

Sebelum ini, KPM telah memaklumkan bahawa pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar akan dilaksanakan secara berperingkat di semua institusi pendidikan bawah kelolaan kementerian itu, bermula 21 April 2025.

Langkah tersebut melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi serta Institut Pendidikan Guru Malaysia, dengan objektif menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan warga pendidik.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Omar Mahli berkata sebanyak 885,634 lencana Jalur Gemilang akan diedarkan ke semua sekolah kerajaan di Sarawak.

"Setiap pelajar akan menerima dua unit lencana. Pengedarannya telahpun bermula hari ini dan akan dilakukan secara berperingkat sehingga hujung April, membabitkan seramai 442,817 pelajar di 1,460 buah sekolah di negeri ini," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046385 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list