CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 63|Reply: 0

[Sarawak] Dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki memiliki dadah

[Copy link]
Post time 22-4-2025 08:36 AM | Show all posts |Read mode


Dua lelaki warga asing ditahan polis pada Ahad kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphetamine. - Gambar IPD Sibu

SIBU: Dua lelaki warga asing ditahan polis kelmarin kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphetamine dalam satu operasi di tepi sebuah kedai di Jalan Lembangan di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 29 tahun itu ditahan sekitar jam 4 petang oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Hasil pemeriksaan ke atas mereka membawa kepada penemuan satu peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 5.56 gram.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan rekod lampau mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah berkaitan dadah,” jelas beliau.

Susulan itu, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Seksyen 39A(1) memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tiga sebatan jika disabitkan kesalahan manakala Seksyen 15(1)(a) memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali serta pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta tersebut.

Zulkipli menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan terus mempergiatkan usaha membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah agar menyalurkannya menerusi Hotline JSJN di talian 012-2087222.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061957 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list